Hot topics close

'Siti Nurhaliza calon tepat pegang gelaran Biduanita Negara'

Siti Nurhaliza calon tepat pegang gelaran Biduanita Negara
Pengarah muzik ternama, Jennifer Thompson yakin bahawa penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai individu tepat untuk diberikan gelaran Biduanita Negara selepas Allahyarham Datuk Sharifah Aini.

PETALING JAYA – Pengarah muzik ternama, Jennifer Thompson yakin bahawa penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai individu tepat untuk diberikan gelaran Biduanita Negara selepas Allahyarham Datuk Sharifah Aini.

Katanya, selain penyanyi nombor satu negara itu, ada beberapa calon lain dia layak menggalas gelaran sama termasuk Ziana Zain dan Jaclyn Victor.

“Sekarang tengah hangat isu siapa Biduanita seterusnya. Saya rasa semua yang dalam ini (siaran langsung) tahu jawapannya.

“Yang paling layak untuk gelaran tersebut adalah Siti Nurhaliza.

“Kita ada yang lain juga seperti Ziana Zain, Jaclyn Victor dan ramai lagi yang hebat tetapi bila bercakap mengenai biduanita, sememangnya satu gelaran berat,” katanya menerusi siaran langsung TikTok, baru-baru ini.

Bekas isteri kepada maestro muzik Datuk Ramli MS itu turut memuji kemerduan suara Siti yang mempunyai keunikan lenggok tersendiri.

“Senjata rahsia Siti Nurhaliza sudah pasti dia punya lenggok dan perkara tersebut dapat daripada keluarganya ketika membesar.

“Mungkin ibunya pandai bergurindam sebab lenggok Siti tiada siapa boleh lawan. Tiada yang boleh tandingi lenggokan dia,” ujarnya lagi.

Sebelum ini kecoh mengenai siapa yang layak diberikan gelaran Biduanita Negara ketiga selepas kejayaan penyanyi Cindai itu mementaskan konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza di Axiata Arena, Bukit Jalil, bulan lalu

Rentetan itu, ada ciapan dilayangkan dalam aplikasi X meminta Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang juga peminat Siti, membantu menunaikan hasrat peminat.

Gelaran Biduanita Negara sebelum ini diberikan kepada Allahyarham Saloma dan Datuk Sharifah Aini. – KOSMO! ONLINE

News Archive
  • Real Madrid CF
    Real Madrid C.F
    easyMarkets Renews Real Madrid C.F Partnership Following FSCA ...
    19 Dec 2024
    1
  • Park Bogum
    Park Bo-gum
    Suzy and Park Bo Gum open up on their roles in Wonderland .com
    4 Aug 2024
    11
  • Airway management
    Airway management
    APAP (Automatic Positive Airway Pressure) Machines Market Analysis By 2022 -2029 | ResMed,Phlips Respironics ...
    15 Mar 2022
    1
  • Isophthalic acid
    Isophthalic acid
    Global Purified Isophthalic Acid (PIA) market Size, forecast (2022-2028) to analysis, regions, Manufacturers Top ...
    30 Jun 2022
    1
This week's most popular news