Hot topics close

'Saya konsisten gesa kebenaran ganja dalam perubatan”

Saya konsisten gesa kebenaran ganja dalam perubatan
“Saya juga pernah berbahas dalam Dewan Rakyat tentang potensi perubatan kanabis jika ia dibenarkan di Malaysia."

PETALING JAYA: Pengerusi Kaukus Medical Cannabis, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil memberi respon kepada kenyataan penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman yang didakwa kerana disyaki memiliki dadah dan menanam pokok ganja, hari ini.

Menurut Syed Saddiq, pendiriannya konsisten sejak menjadi menteri untuk menggesa kebenaran penggunaan ganja dalam bidang perubatan mengikut fakta, data dan sains yang boleh dijadikan sumber bagi rawatan alternatif.

“Sejak menjadi Menteri pada 2018 hingga 2020, saya konsisten dalam menggesa kerajaan untuk membenarkan penggunaan ganja dalam bidang perubatan atau medical cannabis.

“Malah, Kementerian Kesihatan di bawah bekas menteri, Dr. Dzulkefly Ahmad pun ada keluarkan beberapa kenyataan tentang kesediaan mereka untuk membuka ruang kajian perubatan kanabis di Malaysia. Ia juga disambut dan diteruskan di bawah Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sekarang. 

“Keputusan dan gesaan ini dibuat kerana kita ikut fakta, data dan sains. Bukan buat sebab ‘trend’ atau cakap-cakap orang. Ia boleh dijadikan sumber rawatan alternatif untuk banyak pesakit. 

“Saya juga pernah berbahas dalam Dewan Rakyat tentang potensi perubatan kanabis jika ia dibenarkan di Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Tambah Syed Saddiq, lebih 40 buah negara sudah membenarkan penggunaan kanabis untuk perubatan yang mana nilai pasaran industri itu mencecah RM60 bilion. 

“Saya sendiri ambil tanggungjawab dalam memperkenal industri ini di negara kita. Ini bukan satu tugas yang mudah tetapi saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk pastikan ada perkembangan yang baik nanti,” katanya. 

Terdahulu, Yassin dihadapkan ke mahkamah hari ini sempat mengirim salam kepada Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu dan memintanya menyegerakan kelulusan kanabis untuk perubatan di Parlimen.

Yassin didakwa mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 6B Akta Dadah berbahaya. – UTUSAN

Similar news
News Archive
  • 2031
    2031
    Encoder Market Share and Latest Updates (2021-2031): Top Impacting Factors, Market Growth, and Business Opport
    17 Nov 2022
    1
  • Battlefield management system
    Battlefield management system
    Global Battlefield Management System (BMS) Market 2021 – Business Strategies, Product Sales and Growth Rate, Assessment to 2027 – The Oxford Spokesma
    26 Jan 2022
    1
  • Antoine Griezmann
    Antoine Griezmann
    Argentina should get physical with stylish Antoine Griezmann to shut ...
    18 Dec 2022
    4
  • School bus
    School bus
    Gemilang To Deliver 140 Electric School Buses To California Schools
    10 Jan 2022
    4
  • Marco Reus
    Marco Reus
    Farewell Marco Reus: The story of a Borussia Dortmund legend
    1 Jun 2024
    5