TERKINI : Pakaian Pramugari Perlu Patuh Syariah Islam - Zailah Yusoff
Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff kekal dengan pendiriannya untuk memperjuangkan pakaian pramugari yang patuh syariah. Justeru itu, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri untuk memperincikan perkara tersebut. Zailah memaklumkan beliau yakin Zulkifli juga mempunyai agenda yang sama sepertinya. “Menutup aurat ni satu perintah dalam Islam, itu kewajipan dalam Islam. “Setiap orang mulsim wajib tutup aurat. Ini bukan perintah kerajaan, ini perintah Allah yang menciptakan kita manusia. Jadi saya tegur, sebab pakaian pramugari memang semua masyarakat tidak setuju, ia menjolok mata. MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com #ma