"Tak perlu beratur naik pentas" - Cara Siti Nurhaliza beri duit raya kepada anak yatim dipuji ramai, siap usap kepala
Bila masuk bulan Ramadan ini maka ramai mula mengadakan acara berbuka puasa bersama anak yatim, baik kerajaan, syarikat mahupun artis.
Namun ada kelainan dilihat semasa majlis berbuka puasa bersama penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Menerusi satu hantaran di X, pengguna @rizalhakimm1 memuji cara Siti menyantuni anak-anak yatim.
“Datuk Seri Siti Nurhaliza dipuji buat jamuan berbuka puasa dengan menyantuni anak-anak yatim.
“Dia sendiri yang turun bagi duit raya kat adik-adik ni sambil usap kepala tanpa perlu mereka naik ke pentas.
“Tak perlu beratur seorang-seorang ikut turn seperti yang biasanya dilakukan oleh VIP,” ujarnya di X.
Rata-rata warganet turut memuji sikap rendah diri penyanyi terkenal itu memberi layanan bak orang penting buat kesemua anak yatim yang hadir.
“Dan yang penting setiap meja ada dome makanan, jadi anak-anak tu tak perlu beratur nak ambil makanan seperti kebiasaan. Layanan VIP untuk anak-anak tu.
“Amat setuju dengan cara Datuk Siti, mereka ni anak yatim bukan pengemis. Tak perlu beratur naik pentas. Kalau ikhlas, pergi kepada mereka.
“Banyak pahala tok ti. Ada dengar ceramah, kalau kita usap kepala atau cium ubun-ubun anak-anak yatim ni besar pahalanya,” antara komen warganet
Mungkin selepas ini mana-mana penganjur boleh contohi cara Siti Nurhaliza yang dilihat melayan anak yatim ini dengan selayaknya.
Baca juga: Teringin nak sewa baju persembahan Siti Nurhaliza, tapi boleh ke? Ini jawapan pereka fesyen TokTi