Hot topics close

Berita Wan Junaidi letak jawatan Yang Dipertua Dewan Negara, saya tidak tahu - Dr. Sim

Berita Wan Junaidi letak jawatan Yang Dipertua Dewan Negara saya tidak 
tahu  Dr Sim
KOTA SAMARAHAN, 19 Jan: “Saya tidak tahu,” jawab Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian ringkas ketika disoal para pemberita berhubung kesahihan laporan berita sebuah portal nasional berkaitan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan

KOTA SAMARAHAN, 19 Jan: “Saya tidak tahu,” jawab Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian ringkas ketika disoal para pemberita berhubung kesahihan laporan berita sebuah portal nasional berkaitan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar meletak jawatan hari ini.

Laporan berkenaan turut memetik bahwa perletakan jawatan Wan Junaidi susulan bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak ke-8 tidak lama lagi.

Seterusnya, Dr. Sim turut diasak pemberita sama ada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengetahui kesahihan laporan tersebut namun beliau menyatakan bahawa  tidak mengetahui tentang perkara berkenaan.

“Apa yang saya tahu beliau (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) berada di Kuala Lumpur.

“Saya perlu pergi sekarang kerana acara ketiga sedang menanti saya” ujar beliau.

Terdahulu Dr. Sim menghadiri program Pameran Hidden Gems: The Life Works of Chong Liew Syn di Galeri Hoan yang terletak di sebuah pusat beli-belah, malam ini.

Selepas berucap dan melakukan lawatan di galeri tersebut, Dr. Sim memohon untuk meninggalkan majlis kerana mahu menghadiri acara lain namun ditahan sekumpulan pengamal media di hadapan galeri bagi mendapatkan kesahihan berita tersebut. -TVS

Similar news
News Archive
  • Mountain bike
    Mountain bike
    Growth Opportunities In Mountain Bike (MTB) Trials Professional Market Future Scenario During Forecast Period 2022 ...
    15 May 2022
    1
  • Charles III
    Charles III
    King Charles: One year on the throne
    3 May 2024
    37
  • Stem cell
    Stem cell
    'Scientists Warn of Consumer Risk in Stem Cell Treatment Gambling'
    24 May 2023
    8
  • The Bountiful Company
    The Bountiful Company
    Herbal Supplement Market Size And Forecast | NBTY, Tsumura, Weleda, DSM?NL?, Nature's Sunshine Products ...
    4 May 2022
    1
  • Joker 2
    Joker 2
    'Joker 2' Trailer: Joaquin Phoenix, Lady Gaga Fall in Twisted Love
    9 Apr 2024
    2