Hot topics close

Neymar kembali berlatih selepas pulih dari kecederaan lutut

Neymar kembali berlatih selepas pulih dari kecederaan lutut
RIYADH: Neymar kembali berlatih bersama pasukan dan akan menyertai skuad Al-Hilal untuk aksi Liga Juara-Juara Asia menentang kelab Liga Pro UAE, Al-Ain. Penyerang Brazil berusia 32 tahun itu, yang berehat panjang akibat kecederaan lutut, tidak bermain sej
FOTO: Reuters

RIYADH: Neymar kembali berlatih bersama pasukan dan akan menyertai skuad Al-Hilal untuk aksi Liga Juara-Juara Asia menentang kelab Liga Pro UAE, Al-Ain.

Penyerang Brazil berusia 32 tahun itu, yang berehat panjang akibat kecederaan lutut, tidak bermain sejak aksi kelayakan Piala Dunia menentang Uruguay pada Oktober tahun lalu.

Dia menjalani pembedahan lutut pada November, tiga bulan selepas berpindah ke kelab Liga Pro Saudi itu dari Paris Saint-Germain.

Neymar hanya sempat beraksi dalam lima perlawanan dan turut bergelut dengan masalah kecederaan otot.

Bekas penyerang Barcelona itu, yang kini menjadi penjaring terbanyak Brazil, terlepas kempen Copa America 2024 di Amerika Syarikat, di mana pasukannya tersingkir di peringkat suku akhir buat kali kedua berturut-turut dalam kejohanan besar selepas tewas penentuan penalti kepada Croatia di Piala Dunia 2022.

“Al-Hilal dengan sukacita mengumumkan yang Neymar akan menyertai skuad untuk kunjungan ke Al-Ain. Dia sudah kembali. Neymar menyertai latihan pasukan selepas selesai program pemulihannya,” kata Al-Hilal.

Al-Hilal akan menentang Al-Ain di Stadium Hazza bin Zayed esok. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Similar news
News Archive
  • Glove
    Glove
    Examination Reusable Medical Gloves Market Reflecting a CAGR of XX% During the Forecast Period 2019 – 2029
    8 Mar 2020
    1
  • Gelatin
    Gelatin
    Hard Capsule Grade Gelatin Market to Witness Astonishing Growth by 2029 | Gelita, Rousselot
    27 Feb 2022
    2
  • Humza Yousaf
    Humza Yousaf
    Humza Yousaf invites other Scottish parties to talks to find 'common ...
    16 Jul 2024
    2
  • Badminton Asia
    Badminton Asia
    National Badminton Championships 2023: Get schedule and watch live streaming
    20 Feb 2023
    2
  • Ong Yew Sin
    Ong Yew Sin
    Yew Sin-Ee Yi kembalikan senyuman di wajah peminat, selepas Pearly-Thinaah tersingkir
    11 Jan 2024
    3