Hot topics close

Guru diarah elak buat live media sosial ketika mengajar, pelajar boleh terima kesan yang besar

Guru diarah elak buat live media sosial ketika mengajar pelajar boleh terima kesan yang besar
Anda pernah tengok guru buat live dalam kelas masa mengajar? Dikatakan, penggunaan media sosial semasa waktu bertugas rasmi adalah sesuatu yang salah.

Anda pernah tak tengok live atau pun sedutan video di media sosial, yang menunjukkan guru sedang mengajar di dalam kelas? Jika ya, saya juga pernah melihatnya. Video tersebut dikongsikan melalui akaun media sosial milik guru itu sendiri. Kebanyakan video seperti ini saya temui di Tiktok dan kandungannya melibatkan pelajar sekolah rendah dan murid tadika.

Baru-baru ini, Menteri Pendidikan, Radzi Jidin berkata, kementeriannya telah mengarahkan guru supaya mengelakkan daripada membuat live di platform media sosial ketika sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam kelas. Radzi berkata, tindakan merakam sesi pengajaran itu boleh memberi kesan besar kepada pelajar kerana satu dunia boleh melihatnya.

Dalam masa yang sama, beliau turut memberi bayangan akan ada garis panduan khusus untuk guru membuat perkongsian melalui media sosial. Satu pemakluman akan dikeluarkan kepada guru-guru berhubung perincian berkaitan live sewaktu mengajar.

Di samping itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Aminuddin Awang berkata, penggunaan media sosial khususnya untuk membuat siaran langsung semasa waktu bertugas rasmi adalah sesuatu yang salah.

Bagi saya, jika guru live di dalam kelas tanpa tunjukkan muka pelajar, ia tidak menjadi satu masalah, sebab saya juga boleh lihat teknik menarik yang mereka gunakan untuk mengajar murid. Tapi saya tidak setuju jika guru turut kongsikan muka pelajar. Contohnya jika dalam video itu ada sesi soal jawab melibatkan guru dan murid, kemudian murid berikan jawapan yang salah dan diketawakan rakan lain sambil mukanya dilihat ramai penonton, pasti dirinya akan berasa sangat malu. Hal ini juga secara tidak langsung akan menghilangkan keyakinan diri pada murid itu.

Jadi, sebelum mulakan live guru yang terlibat perlu fikir dahulu apa yang akan dirakam dan kesannya pada murid yang terlibat.

[Sumber: FMT, Utusan]

[Sumber gambar: MalayMail]

Similar news
News Archive
  • Pongal
    Pongal
    When In Pongal 2024? Know Date, Time And Significance
    15 Jan 2024
    7
  • MI vs DC
    MI vs DC
    MI vs DC HIGHLIGHTS, IPL 2024: Mumbai Indians wins by 29 runs ...
    7 Apr 2024
    5
  • Polyurethane
    Polyurethane
    Global Rigid Polyurethane Foam (RPUF) Market 2022-2028 Worldwide Major Growth by Key Players: BASF, Covestro ...
    10 May 2022
    2
  • Takumi Minamino
    Takumi Minamino
    Fans all say same thing as Jermaine Jenas talks about Takumi Minamino's spell in Germany during Japan's Wor...
    5 Dec 2022
    8
  • Efficiency
    Efficiency
    Telecom Analytics Market Share, Size, Growth, Opportunity and Forecast 2022-2027
    19 May 2022
    8
This week's most popular news