Hot topics close

Maloney lega jadual Liga M dipinda

Maloney lega jadual Liga M dipinda
KETUA jurulatih skuad B-23 negara, Brad Maloney menarik nafas lega apabila Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menangguhkan beberapa perlawanan

KETUA jurulatih skuad B-23 negara, Brad Maloney menarik nafas lega apabila Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menangguhkan beberapa perlawanan Liga Malaysia (Liga M) bagi memudahkan persiapan pasukan ke temasya Sukan SEA 2021 awal bulan depan.

Sebagai rekod, sebanyak enam perlawanan Liga Super telah dipinda di mana ia merupakan penyelarasan di antara FAM dan MFL berkaitan agenda pasukan kebangsaan melibatkan skuad B-23 dan pasukan senior kebangsaan.

Kata Maloney, penghargaan kepada semua pihak terlibat khususnya MFL dan kelab-kelab Liga M selepas memberikan kerjasama dalam memastikan persiapan pasukan B-23 berada dalam landasan lebih baik serta positif.

“Saya ingin mengucapkan teri­ma kasih dan ingin merakamkan penghargaan kepada MFL dan pasukan Liga M di atas kerjasama mereka dalam memastikan pasukan junior negara melakukan persiapan dengan lebih baik.

“Ini kerana kita akan menghadapi dua kejohanan penting iaitu Sukan SEA 2021 Hanoi, Vietnam bermula 7 Mei ini dan Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan bermula 1 hingga 19 Jun nanti.

“Sudah pasti perkhabaran ini bukan sahaja menyuntik sema­ngat buat barisan pegawai dan pemain skuad B-23 negara, malah akan lebih fokus menghadapi Sukan SEA 2021 yang dianggap sebagai medan persediaan buat pasukan sebelum ke Uzbekistan,” katanya dalam satu kenyataan.

Skuad muda Harimau Malaya telah menjalani sesi latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya sejak 19 April lepas dengan beberapa pemain akan melaporkan diri secara berperingkat sebelum berlepas ke Vietnam pada 4 Mei ini.

Pasukan kebangsaan telah diundi dalam Kumpulan B dan bakal memulakan kempen temasya dwitahunan itu bertemu Thailand pada 7 Mei, Laos (11 Mei), Singapura (14 Mei) dan Kemboja (16 Mei) dengan semua perlawanan berlangsung di Stadium Thien Truong, Nam Dinh.

Similar news
News Archive
  • Software
    Software
    Global Enterprise Time Management Software Market Size, Share
    14 Dec 2024
    113
  • PGA TOUR
    PGA TOUR
    DAZN introduces PGA Tour Pass for Golf fans in MENA and Southeast Asia
    22 Mar 2024
    7
  • Peloton
    Peloton
    These Trainers and Studios Are Giving Away Free Classes Amid the Coronavirus Pandemic
    18 Mar 2020
    1
  • Euro qualification
    Euro qualification
    England slump to first qualification defeat in a decade as 30-year-old debutant scores Czech winner
    11 Oct 2019
    3