Hot topics close

Aksi Piala Sumbangsih, derby Pantai Timur gamatkan pembukaan Liga Super 2024/25

Aksi Piala Sumbangsih derby Pantai Timur gamatkan pembukaan Liga Super 
202425
SAINGAN musim baharu akan bermula dengan pertemuan antara juara dan naib juara Liga Super 2023 di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) pada Selasa mengumumkan kalendar baharu untuk saingan Liga Super 2024/25 dengan beberapa aksi hangat disediakan.

Pertemuan Piala Sumbangsih antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC merupakan perlawanan pembuka tirai buat saingan musim baharu.

Skuad Gergasi Merah yang menamatkan saingan Liga Super 2023 di tangga kedua dipilih untuk menjadi lawan selepas kelab Selatan tanah air itu mengaut kesemua kejohanan di pentas domestik.

Jadi, pertemuan kedua-dua pasukan terbabit pasti menjadi fokus dengan penyokong pasti akan membanjiri Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada 10 Mei.

BACA LAGI: Sri Pahang berwajah baharu, mesin gol JDT antara 3 bekas bintang Liga M jadi idaman

AA2ndLEAD-KELANTAN-UNITED

Pertemuan antara KDN FC dan Sri Pahang FC merupakan 'Derby Pantai Timur' pertama buat musim depan.

BACA LAGI: Bakal sertai Sri Pahang FC, tonggak tengah Penang FC ucap selamat tinggal

Perlawanan lain yang akan mencuri tumpuan adalah pertembungan antara Sri Pahang FC dan Kelantan Darul Naim (KDN) FC di Stadium Darul Makmur, Pahang.

Meskipun masing-masing mempunyai jarak cukup besar di pentas domestik, latar belakang mereka menjadikan perlawanan tersebut sebagai 'Derby Pantai Timur'.

Selain itu, PDRM FC akan menerima kunjungan skuad Sang Kenari sementara Terengganu FC bakal berdepan Perak FC dengan pertembungan terbabit dijadualkan pada 11 Mei.

Aksi pada hari keesokannya bakal menyaksikan Sabah FC bertemu Penang FC dan Kuala Lumpur (KL) City FC bertemu Kuching City FC di Stadium Cheras.

Perubahan format daripada MFL menyaksikan Negeri Sembilan FC tidak akan beraksi pada minggu pembukaan kerana tiada lawan tersedia buat mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Similar news
News Archive
  • Software
    Software
    Global Enterprise Time Management Software Market Size, Share
    14 Dec 2024
    113
  • PGA TOUR
    PGA TOUR
    DAZN introduces PGA Tour Pass for Golf fans in MENA and Southeast Asia
    22 Mar 2024
    7
  • Peloton
    Peloton
    These Trainers and Studios Are Giving Away Free Classes Amid the Coronavirus Pandemic
    18 Mar 2020
    1
  • Euro qualification
    Euro qualification
    England slump to first qualification defeat in a decade as 30-year-old debutant scores Czech winner
    11 Oct 2019
    3