Hot topics close

13 Pasukan Liga Super Tak Jejaskan Saingan Musim 2024/25

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Razman Roslan menyifatkan ketiadaan pasukan ke-14 dalam Liga Super musim 2024/25 tidak akan merencatkan...

Advertisements

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Razman Roslan menyifatkan ketiadaan pasukan ke-14 dalam Liga Super musim 2024/25 tidak akan merencatkan kemeriahan liga.

Ini bukan satu isu kerana itu langsung tidak menjejaskan tahap persaingan antara 13 pasukan dalam saingan Liga Super.

KPG Harus Kekal, Harimau Malaya Ada Ramuan Untuk Aksi Seterusnya - Razman RoslanKPG Harus Kekal, Harimau Malaya Ada Ramuan Untuk Aksi Seterusnya - Razman Roslan

Selain itu, ini dilihat tanda keseriusan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam menangani isu pasukan bermasalah dari segi kewangan terutama masalah gaji.

Advertisements

Ini kerana seandainya isu ini dibiarkan berterusan, ini bakal mencalar reputasi MFL dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Saya tak melihat itu satu isu kerana mungkin setiap pasukan akan mendapat satu peluang untuk berehat.

“Tapi yang lebih penting bagi saya, MFL (Liga Bola Sepak Malaysia) lebih serius dalam memberikan lesen kepada pasukan yang layak beraksi dalam liga.

Advertisements

“Kalau MFL sesuka hati dapatkan angka genap dengan berikan lesen kepada pasukan yang tidak layak, itu akan memberi masalah kepada liga kita. Mungkin sedikit sebanyak nama FAM dan MFL akan tercemar.

“Jadi, apa yang MFL lakukan tak cukup tetapi itu sesuatu yang baik kepada liga,” katanya kepada MakanBola selepas Sidang Media Barisan Pakar Bola Sepak Astro (Liga Malaysia (Liga M) Musim 2024/2025).

Razman merupakan sebahagian daripada pakar bola sepak (pundit) Astro untuk saingan Liga M musim 2024/25.

Advertisements

Selain beliau, Safee Sali, Razman Roslan, Norshahrul Idlan Talaha, Zaquan Adha Abdul Radzak dan Mahali Jasuli juga menjadi tenaga pakar liga musim ini.

Similar news
News Archive
  • Glove
    Glove
    Examination Reusable Medical Gloves Market Reflecting a CAGR of XX% During the Forecast Period 2019 – 2029
    8 Mar 2020
    1
  • Gelatin
    Gelatin
    Hard Capsule Grade Gelatin Market to Witness Astonishing Growth by 2029 | Gelita, Rousselot
    27 Feb 2022
    2
  • Humza Yousaf
    Humza Yousaf
    Humza Yousaf invites other Scottish parties to talks to find 'common ...
    16 Jul 2024
    2
  • Badminton Asia
    Badminton Asia
    National Badminton Championships 2023: Get schedule and watch live streaming
    20 Feb 2023
    2
  • Ong Yew Sin
    Ong Yew Sin
    Yew Sin-Ee Yi kembalikan senyuman di wajah peminat, selepas Pearly-Thinaah tersingkir
    11 Jan 2024
    3