Hot topics close

Slot tuntut Liverpool tampil berbeza menentang Brighton

Slot tuntut Liverpool tampil berbeza menentang Brighton
PENGENDALI Liverpool, Arne Slot mengharapkan satu persembahan berbeza apabila anak buahnya melayan kunjungan Brighton dalam perlawanan Liga Perdana...

PENGENDALI Liverpool, Arne Slot mengharapkan satu persembahan berbeza apabila anak buahnya melayan kunjungan Brighton dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Anfield pada Sabtu.

Malah jelasnya, kemenangan 3-2 ke atas Brighton dalam aksi Pusingan 16 Piala Liga di Stadium Amex, Khamis lalu juga tidak akan menggambarkan kualiti sama setiap bahagian pasukan apabila kedua-dua pasukan sekali lagi berentap.

Jelas Slot, dalam bola sepak sudah menjadi satu kelaziman menentang pasukan sama selepas beberapa hari.

“Ini bukan sesuatu yang pelik. Tambahan pula apabila kedua-dua pasukan tidak menurunkan permulaan yang sama seperti sebelum ini. Bagi kedua-dua pengendali, perlawanan ini sesuatu perkara yang positif kerana anda lebih tahu tentang lawan.

“Biarpun sekiranya pemain-pemain sama dimainkan dalam permainan ini, namun taktikalnya pasti berlainan.

“Gaya permainan juga mungkin sama, tetapi kualiti pemain berbeza 10 kali ganda. Itu yang akan mengubah permainan pada Sabtu, berbanding dengan yang berlaku pada Khamis,” katanya.

Anak buat Slot selepas berdepan The Seagulls asuhan Fabian Hurzeler akan menyambut kedatangan gergasi Bundesliga Jerman, Bayer Levekusen dalam aksi Liga Juara-Juara di Stadium Anfield pada Rabu diikuti Aston Villa untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris pada Ahad.

Sebagai rekod, Liverpool berada di tempat kedua dengan 22 mata selepas mengharungi sembilan perlawanan, satu mata di belakang pendahulu Manchester City dan enam mata di atas Brighton di tempat keenam.

Artikel Berkaitan:

Similar news
News Archive
  • Patrick Kluivert
    Patrick Kluivert
    Indonesia appoints former Dutch football star Patrick Kluivert as new ...
    6 Jan 2025
    4
  • Digital economy
    Digital economy
    MCDC launches Ride Madani initiative, attracts RM100bil in investments
    1 Mar 2024
    2
  • T15
    T15
    Guan Eng: Budget 2025 not 'Robin Hood' plan, not right to call 'T15 ...
    21 Oct 2024
    1
  • Rita Rudaini
    Rita Rudaini
    Rita Rudaini pesan kuat mental, fizikal naik mahkamah
    24 Mar 2024
    4
  • Andrew Jack
    Andrew Jack
    Star Wars actor Andrew Jack dies from COVID-19 at age 76
    1 Apr 2020
    1
  • Joaquin Phoenix
    Joaquin Phoenix
    Joaquin Phoenix, Rooney Mara welcome first child named River: Report - The Jakarta Post
    28 Sep 2020
    23