Hot topics close

Liverpool elak terperangkap mainan emosi di Everton

Liverpool elak terperangkap mainan emosi di Everton
PENGENDALI Liverpool, Arne Slot menjangkakan suasana bingit apabila menentang seteru tetangga Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Goodison Park...

PENGENDALI Liverpool, Arne Slot menjangkakan suasana bingit apabila menentang seteru tetangga Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Goodison Park pada Sabtu.

Namun Slot memberi amaran The Reds tidak boleh terperangkap dalam emosi sepanjang Derbi Merseyside terakhir yang berlangsung di stadium lama gergasi Inggeris itu.

Sebagai rekod, anak buah Slot boleh melebarkan status pendahuluan Liga Perdana Inggeris sekiranya membawa pulang tiga mata dari laman seteru tetangga dengan kemenangan.

“Ia akan menjadi perlawanan yang istimewa untuk semua orang. Untuk semua peminat, pemain dan pengurus yang terlibat.

“Untuk menjadi sebahagian daripada permainan sudah pun istimewa tetapi ia menjadi yang terakhir di Goodison menjadikannya lebih istimewa.

“(Tetapi) ia hanya satu pengalaman yang bagus jika keputusannya mengikut kehendak anda. Itulah yang paling kami usahakan. Saya tidak pernah bercakap tentang tiga mata sebelum perlawanan dan terutamanya jika anda menghadapi pasukan seperti Everton yang sentiasa menjaga rekod di laman sendiri.

"Kami tahu kami perlu bersedia menentang pasukan yang sukar. Penyokong mereka akan menjadi lantang. Kami perlu bersedia untuk segala-galanya dalam perlawanan ini," katanya.

Sebagai rekod, perlawanan Liverpool-Everton akan menjadi pertembungan yang ke-245 antara saingan, dan terakhir di Goodison sebelum Everton berpindah dari laman sejak 1892 dan ke Stadium Bramley-Moore Dock baharu berkapasiti 52,000.

Artikel Berkaitan:

Fokus Reds dalam Derbi Merseyside itu akan terarah untuk kembali ke landasan kemenangan selepas kehilangan mata ketika seri 3-3 dengan Newcastle United.

Similar news
News Archive
  • Choi Taejoon
    Choi Tae-joon
    K-idols Park Shin-hye, Choi Tae-joon getting married and having a baby
    23 Nov 2021
    1
  • Jacqueline Wong
    Jacqueline Wong
    Jacqueline Wong makes comeback 4 years after scandal, Sammi Cheng responds
    18 Feb 2023
    12
  • India vs England
    India vs England
    Gill, Shreyas and Axar provide the firepower as India go 1-0 up
    2 days ago
    26
  • Pedro Sánchez
    Pedro Sánchez
    Madrid prosecutors ask judge to shelve investigation into Spanish PM’s wife
    26 Apr 2024
    14
  • LandisGyr
    Landis+Gyr
    Industrial Non-IC Card Electricity Smart Meter Market to Witness Huge Growth by 2029 | Landis+Gyr, Itron, Siemens
    18 Jan 2022
    1