Hot topics close

EPL: Liverpool sedia hadapi derbi

EPL Liverpool sedia hadapi derbi
LIVERPOOL - Isu kecederaan kepada Liverpool untuk mengharungi aksi derbi Merseyside menentang Everton di Goodison Park, malam ini.

LIVERPOOL – Isu kecederaan dan penggantungan pemain seakan tidak akan beri kesan besar kepada Liverpool untuk mengharungi aksi derbi Merseyside menentang Everton di Goodison Park, malam ini.

Berdasarkan kualiti sedia ada, pengurus The Reds, Arne Slot dijangka hanya akan melakukan satu perubahan dalam senarai pemain ketika menentang Newcastle United.

Biarpun berdepan isu keletihan, Slot dijangka hanya membuat satu pertukaran untuk mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Alexis MacAllister apabila pemain itu berdepan penggantungan perlawanan.

Bagaimanapun, tugas berkenaan mungkin digalas oleh Dominik Szoboszlai yang bakal mengurangkan beban Ryan Gravenberch bagi mendominasi bahagian tengah pasukan tersebut.

“Selepas ini kami akan berdepan aksi derbi dengan hanya lima pertahanan yang boleh beraksi. Sebab itu kami kena menjaga mereka dengan baik. Saya gembira melihat mereka bersedia untuk diturunkan

“Inilah pemain yang kami ada sekarang dan adalah penting untuk kami pastikan mereka cergas. Sebab itu juga saya buat keputusan mengeluarkan Trent Alexander-Arnold ketika menentang Newcastle United,” katanya.0607

Dijangka Gravenberch dan Curtis Jones akan menjadi taruhan di posisi tengah, namun Liverpool masih lain memiliki pilihan lain seperti Wataru Endo, Tyler Morton serta Harvey Elliott bagi mengisi posisi tengah. – AGENSI07

Similar news
News Archive
  • Stats and Reports
    Stats and Reports
    Global Lithography Metrology Equipment Market Outlook 2019-2026: ASML, Advantest, Applied Materials, Carl-Zeiss ...
    23 Oct 2019
    3
  • Motorola Razr
    Motorola Razr
    More smartphones are set to feature foldable clamshell screens but is it more than a fad?
    9 Jul 2020
    18
  • Zegna
    Zegna
    Ermenegildo Zegna reports 8.1% revenue growth in Q1 FY24
    25 Apr 2024
    6