Hot topics close

EPL: Liverpool mahu kemenangan kedua

EPL Liverpool mahu kemenangan kedua
LIVERPOOL - Lima kemenangan Liverpool kini semakin serasi dan matang untuk menterjemahkan idea pengendali baharu mereka, Arne Slot.

LIVERPOOL – Lima kemenangan dan sekali seri dalam enam perlawanan terakhir membuktikan bahawa para pemain Liverpool kini semakin serasi dan matang untuk menterjemahkan idea pengendali baharu mereka, Arne Slot.

Sekali pun hanya mampu menang tipis 3-2 keatas Brighton pada aksi Piala Liga Inggeris (EFL), kelmarin, The Reds seperti sudah mampu melupakan era Jurgen Klopp dan cuba mendapatkan identiti baharu.

Berbeza dengan cara Klopp, Liverpool di bawah kendalian Slot menyaksikan intensiti permainan sedikit menurun, namun ketenangan setiap kali melakukan tugasan bertahan dan menyerang masih berpaksikan kualiti yang ada dalam pasukan.

Seperti kebiasaan, saingan liga bakal menyaksikan setiap pasukan akan menurunkan skuad terbaik dan kapten The Reds, Virgil Van Dijk yakin kualiti pasukan mampu tewaskan Brighton buat kali kedua, malam ini.

“Saya fikir ia hanya adalah perbezaan corak permainan dan jika anda lihat kami bermain, anda akan lihat yang kami sedikit terbuka ketika menyesuaikan diri dengan pasukan lawan.

“Pasukan lawan cuba kecewakan kami dengan meletakkan dua atau tiga penyerang, namun kami perlu mencari penyelesaian dan itulah perbezaan yang kami sedang tunjukkan. Begitu juga cara kami bermain ketika tanpa penguasaan bola dan saya fikir itu adalah kunci utama,” katanya.

Selepas terikat dengan Arsenal 2-2, status Liverpool selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris sudah pun dirampas oleh juara bertahan, Manchester City dan kini The Reds seakan tiada jalan lain kecuali mengutip mata maksimum untuk kembali menguasai takhta. – AGENSI

Similar news
News Archive
  • SPTS Technologies
    SPTS Technologies
    US Medical Devices Market Next Big Thing | Major Giants Medtronic, Johnson & Johnson, GE Healthcare, Abbott
    23 May 2022
    1
  • Bolt
    Bolt
    Global Bolt (Fastener) Market 2022 Growth Factors, Company Profile Analysis, Research Methodology and Forecast to ...
    11 May 2022
    3
  • Air Canada
    Air Canada
    Air Canada flight skids down runway after hard landing, passengers ...
    29 Dec 2024
    7
  • Spies in Disguise
    Spies in Disguise
    'Spies in Disguise' Filmmakers on How Their Movie Will Elevate Pigeons
    24 Dec 2019
    5
  • Vectra AI
    Vectra AI
    Identity Management and Information Security News for the Week of February 16; Vectra AI, DirectDefense, BigID, and ...
    19 Feb 2024
    1