Hot topics close

EPL: Dyche ada ‘ramuan’ ulangi kejayaan April lalu

EPL Dyche ada ramuan ulangi kejayaan April lalu
LIVERPOOL - Pengurus Everton, Sean Dyche Liverpool terakhir di Goodison Park pada era Jurgen Klopp, April lalu.

LIVERPOOL – Pengurus Everton, Sean Dyche memasang impian untuk mengulangi kejayaan menundukkan Liverpool seperti yang dilakukan pada perhitungan terakhir di Goodison Park pada era Jurgen Klopp, April lalu.

Walaupun kagum dengan prestasi The Reds yang sedang berada pada tahap terbaik di bawah Arne Slot, Dyche merasakan Liverpool tiada banyak beza berbanding apa yang pernah disaksikan semasa pasukan itu di bawah kendalian Klopp.

“Saya fikir terdapat banyak perkara yang mengagumkan, namun saya tidak rasakan dia (Slot) banyak melakukan perubahan. Saya juga tidak tahu bagaimana perjalanan mereka seharian serta latihan.

“Jadi, kami tidak perlu melakukan perubahan ketara kerana mereka masih bermain dengan tempo tinggi, mampu menghadirkan impak dengan cara berbeza. Cumanya transisi mereka dilihat lebih lancar.

“Perubahan yang berlaku di Liverpool dilihat berlaku dengan sempurna, jadi untuk menentang mereka kami perlu berada pada prestasi terbaik,” katanya.

Dyche juga bertegas tidak akan merangka strategi khusus untuk mengekang kualiti Mohamed Salah yang kini sedang mendahului carta penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris.

“Salah adalah pemain berkualiti dan kami juga tahun tentang realiti itu sekaligus perlu lebih berhati-hati. Jika kami beri perhatian kepada seorang pemain, sudah pasti pemain lain juga berkualiti,” ujarnya. – AGENSI

Similar news
News Archive
  • PUBG Mobile
    PUBG Mobile
    Tencent unveils 2022 esports roadmap for PUBG Mobile's Chinese game Peacekeeper Elite
    13 Jan 2022
    16
  • Sonic the Hedgehog 2
    Sonic the Hedgehog 2
    Sonic the Hedgehog 2 Director Confirms Which Emerald Appears in the Trailer
    10 Dec 2021
    1
  • Stretch wrap
    Stretch wrap
    Impact of COVID-19 on Stretch Hood Films Market Share, Size and Demand, Concludes FMI
    15 Sep 2021
    1
  • LANY
    LANY
    LANY Set to Electrify Salt Lake City with 'A Beautiful Blur' Tour 2024
    5 Mar 2024
    1
  • Oh Inhye
    Oh In-hye
    Oh In Hye dramas and movies: What did the talented late actress appear in?
    14 Sep 2020
    3
  • Urbi et Orbi
    Urbi et Orbi
    Full text from Pope Francis’ homily for the special ‘Urbi et Orbi’ blessing
    28 Mar 2020
    2