Hot topics close

Moyes pertahankan keputusan benarkan Zouma turun padang selepas video aniaya kucing tular

Moyes pertahankan keputusan benarkan Zouma turun padang selepas video aniaya kucing tular
Pengurus West Ham United, David Moyes, mempertahankan keputusannya untuk menyertakan Kurt Zouma dalam kesebelasan pertama pasukan itu bagi meraih kemenangan 1-0 ke atas Watford pada Selasa (8 Feb).

LONDON: Pengurus West Ham United, David Moyes, mempertahankan keputusannya untuk menyertakan Kurt Zouma dalam kesebelasan pertama pasukan itu bagi meraih kemenangan 1-0 ke atas Watford pada Selasa (8 Feb).

Namun, beliau mengakui berasa kecewa dengan video yang menunjukkan pemain pertahanan itu menendang kucing peliharaannya.

Zouma, pemain warga Perancis, dikecam teruk selepas video yang dirakamkan oleh saudara lelakinya itu menunjukkan dia menjatuhkan dan menendang kucing berkenaan di rumahnya serta membalingkan kasut ke arah haiwan peliharaan tersebut.

West Ham mengeluarkan kenyataan pada awal hari berkenaan untuk mengutuk perbuatan pemain mereka itu. Sementara itu, Polis Essex dan penaja pemain tersebut, Adidas, pula menyatakan ia sedang menyiasat insiden tersebut.

Zouma, yang meminta maaf atas kelakuannya, dicemuh oleh sebahagian penonton pada Selasa. Moyes turut ditanya mengapa Zouma dibenarkan turun padang dan sama ada keputusan beliau itu menyampaikan isyarat yang salah terhadap perbuatan menganiaya haiwan.

"Saya sangat kecewa dan kelab sudahpun mengambil semua tindakan yang boleh dilakukan pada masa ini serta sedang mengusahakannya di belakang tabir," kata Moyes.

"Tugas saya adalah untuk mencuba serta memilih pasukan yang memberi saya peluang terbaik di West Ham dan Kurt adalah sebahagian daripada pasukan itu.

"Saya sungguh kecewa dengan apa yang saya lihat dan apa yang diberitahu kepada saya. Tetapi secara keseluruhan, tugas saya malam ini adalah untuk merebut kemenangan buat West Ham. Sudah tentu ada orang yang kecewa dengan perkara itu dan saya faham sepenuhnya."

Walaupun Moyes memilih untuk membenarkan Zouma turun padang atas alasan bola sepak, beliau tidak dapat menyembunyikan perasaan jijiknya.

Apabila ditanya sama ada beliau sudah menyaksikan video itu, beliau berkata: "Ya, saya sudah (melihatnya). Saya benar-benar kecewa kerana saya seorang pencinta haiwan dan seseorang yang sangat mengambil berat tentang anjing serta kuda peliharaan saya.

West Ham menyatakan ia akan menangani isu itu secara peribadi dengan Zouma. Ketika ditanya apa mungkin hukuman yang akan dikenakan terhadap Zouma, Moyes berkata: "Saya rasa kelab lebih rela menangani perkara itu secara peribadi dan apabila tiba masanya, mereka akan memberitahu anda apa tindakannya."

Similar news
News Archive
  • Tyson Foods
    Tyson Foods
    Why A Tyson Foods Plant Is No Longer Allowed To Send Meat To China
    31 Aug 2022
    1
  • Barcelona vs Osasuna
    Barcelona vs Osasuna
    Barcelona vs Osasuna, La Liga: Final Score 1-0, Vitor Roque shines ...
    31 Jan 2024
    9
  • MySJ Trace
    MySJ Trace
    MySJ Trace: Switch on Bluetooth for your safety
    28 Dec 2021
    5
  • Ask 2019
    Ask 2019
    What makes an image memorable? Ask a computer
    1 Nov 2019
    4
This week's most popular news