Hot topics close

2 kawasan Kajang dilanda banjir kilat

2 kawasan Kajang dilanda banjir kilat
2 kawasan Kajang dilanda banjir kilat

PETALING JAYA: Hujan lebat lebih sejam petang tadi menyebabkan beberapa kawasan termasuk Bandar Sungai Long dan Taman Lembah Mewah Kajang dilanda banjir kilat.

Kejadian kira-kira pukul 5.57 petang itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang mangsa yang terperangkap.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, kejadian pertama melibatkan kawasan apartment  Gien Court, Bandar Sungai Long.

Kata beliau, setibanya di lokasi, didapati berlaku limpahan air dari kolam berhampiran dengan kedalaman satu kaki.

“Bagaimanapun, telah surut sepenuhnya sebaik sahaja pihak bomba tiba di sana,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Norazam, kejadian kedua dilaporkan di Jalan Semenyih yang mana banjir kilat berlaku akibat hujan lebat di kawasan terbabit.

“Keadaan longkang tersumbat menyebabkan air naik dengan kedalaman dua kaki,  bagaimanapun semakin surut.

“Tiada sebarang pusat pemindahan sementara dibuka di kawasan terlibat,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Similar news
News Archive
  • Petra Kvitová
    Petra Kvitová
    Kwon Edges Bautista Agut To Seal Stunning Adelaide Triumph
    14 Jan 2023
    2
  • Rice noodles
    Rice noodles
    Instant Noodles Market Dynamics, Segments, Size and Demand, 2018 – 2028 | Ajinomoto Co. Inc., Nestlé SA, Indofood ...
    22 Feb 2020
    1
This week's most popular news