TUKAR VENUE? JDT TAKDA HAL
Ketua Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio dan Ketua pasukan JDT, Natxo Insa di sidang media pra perlawanan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) yang berlangsung di Stadium Yongin Mireu, Republik Korea.
Pengendali Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio mengakui pasukannya tidak terjejas dengan pertukaran gelanggang bagi aksi ketiga peringkat liga Zon Timur, Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) 2024/25 berdepan Gwangju FC, hari ini.
Perlawanan yang sepatutnya berlangsung di Stadium Bolasepak Gwangju terpaksa dipindahkan sejauh 234 kilometer ke Stadium Yongin Mireu berikutan keadaan venue tuan rumah yang tidak berada dalam keadaan terbaik sekali gus kurang sesuai untuk aksi kejuaraan utama kelab Asia itu.
Situasi berkenaan disifatkan Bidoglio sebagai perkara kecil kerana JDT lebih mengutamakan potensi dan persiapan pasukan untuk bertembung wakil Liga K1 Republik Korea selain mengakui bakal menerima tentangan meskipun mempamerkan aksi konsisten dalam saingan ACLE.
Malah pengendali Harimau Selatan itu turut memberi bayangan bekas bintang Real Madrid, Jese Rodriguez akan disenaraikan dalam kesebelasan utama memandangkan pemain tersebut berada dalam keadaan bersedia, namun segala percaturan akan diputuskan menjelang sepak mula.
Pertembungan dua pasukan teratas dalam itu sudah semestinya menjadi tumpuan dan bakal menjanjikan saingan sengit antara JDT dan Gwangju yang ingin menjadi pendahulu liga. Sepak mula dijadualkan berlangsung pada jam 6 petang (waktu Malaysia), petang ini. Luaskan Kuasamu Johor!
#ACLElite#SukanMDJ#MediaDigitalJohor#SahihTepatPantas#MajuJohor