Hot topics close

Tugas sukar menanti di Paroi

Tugas sukar menanti di Paroi
SEREMBAN: Tugas sukar menanti di Paroi pada malam ini apabila skuad Negeri Sembilan Football Club (NSFC) bakal bertemu penyandang Liga Super iaitu Johor Datul Ta'zim (JDT). Melihat pada kedudukan Liga Super terkini JDT mampu mempertahankan kedudukan me

SEREMBAN: Tugas sukar menanti di Paroi pada malam ini apabila skuad Negeri Sembilan Football Club (NSFC) bakal bertemu penyandang Liga Super iaitu Johor Datul Ta’zim (JDT).

Melihat pada kedudukan Liga Super terkini JDT mampu mempertahankan kedudukan mereka di puncak liga manakala, NSFC masih kekal di tangga tercorot.

Pemain pertahan NSFC, Che Rashid Che Halim berkata, dia dan rakan sepasukannya sedar akan tugas yang menanti mereka dalam usaha mempertahankan reputasi dan juga gawang mereka.

“Bukan tugas yang mudah apabila menentang pasukan seperti JDT, jurang antara mereka dan kami sangat jauh.

“Meskipun begitu, kami sudah bersedia menghadapi perlawanan malam ini dan akan memberikan persembahan terbaik berpandukan perancangan serta taktikal ketua jurulatih.

“Kami akan cuba memberikan saingan dengan baik dan akan berusaha mempertahankan gawang pasukan daripada bolos.

“Bola itu bulat, sebarang kemungkinan boleh terjadi,” kata Che Rashid.

Similar news
News Archive
  • Control system
    Control system
    [Latest] Machine Control System Market Driving Precision and Automation in Construction and Agriculture
    2 Dec 2024
    2
  • Argentina vs Brazil
    Argentina vs Brazil
    Qatar World Cup 2022: Argentina vs Brazil qualifier match officials suspended for 'serious errors'
    17 Nov 2021
    3
  • Krystal Jung
    Krystal Jung
    Remembering K-Pop Star Sulli: 'La Cha Ta,' Pinocchio' and More Top Songs
    14 Oct 2019
    3
  • Realme
    Realme
    Realme X2 Pro will be first to offer 64MP quad camera with 20x zoom in its price segment
    4 Oct 2019
    5
  • Dior
    Dior
    Dior Fall/Winter 2024 Show: Watch Live From Milan
    27 Feb 2024
    8