Hot topics close

JDT dipaksa bekerja keras tewaskan Sri Pahang

JDT dipaksa bekerja keras tewaskan Sri Pahang
ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta’zim (JDT) dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan Sri Pahang FC 3-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi. Kemenangan itu mengukuhkan lagi kedudukan JDT selaku pendahulu liga apabila meng
Pemain JDT FC, Heberty Fernandes cuba melepasi pertahanan Sri Pahang FC dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri. – FOTO: NSTP

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta’zim (JDT) dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan Sri Pahang FC 3-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi.

Kemenangan itu mengukuhkan lagi kedudukan JDT selaku pendahulu liga apabila mengumpul 46 mata selepas melakar 15 kemenangan dan satu keputusan seri, manakala Sri Pahang kekal di tangga sembilan dengan 15 mata.

Skuad Sri Pahang kendalian Fandi Ahmad yang turun selaku tuan rumah ternyata tidak mampu menghalang asakan bertubi-tubi barisan pemain Hector Bidoglio yang begitu rakus mengasak benteng skuad Tok Gajah.

JDT yang begitu bersungguh-sungguh memburu kemenangan tampak memberi amaran awal menerusi percubaan berbahaya Oscar Arribas seawal minit ketiga selepas menerima bolan hantaran Afiq Fazail.

Arribas terlepas peluang untuk merungkai jaringan ketika aksi memasuki minit ke-25 selepas menerima hantaran Juan Muniz namun ketangkasan penjaga gol skuad Tok Gajah, Zarif Irfan Hashimuddin berjaya menepis bola.

Walaupun anak didik Bidoglio menguasai permainan dan sering mengancam kubu barisan pemain Fandi, namun mereka gagal menembusi kekebalan benteng Tok Gajah yang begitu berdisiplin menghalang gerakan berbahaya Bergson da Silva dan Arif Aiman Hanapi dan memastikan kedudukan 0-0 kekal sehingga berakhir babak pertama.

Bersambung babak kedua, usaha berterusan JDT memburu gol akhirnya membuahkan hasil apabila bola sepakan sudut Juan Muniz terkena belakang badan pemain pertahanan Sri Pahang, Adam Nor Azlin menyebabkan Zarif Irfan gagal menyelamatkan gawangnya untuk JDT mendahului 1-0.

Minit ke-52, Bergson menggandakan jaringan buat JDT berpunca daripada bola lorongan Muniz membolehkan penjaring terbanyak liga ketika ini merembat kencang menewaskan Zarif Irfan.

Ketika JDT bergembira dengan dua jaringan yang terhasil, mereka tersentap dengan gol pantas pemain gantian, David Rowley seminit kemudian selepas menanduk bola hasil sepakan lintang Mykola Ahapov yang menewaskan penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed bagi merapatkan jurang gol.

Memasuki minit akhir permainan, JDT dihadiahkan sepakan penalti selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) pengadil perlawanan Ahmad Zuhaidi Dzulkifli mengesan ada kekasaran terhadap Arif Aiman.

Bergson mudah menyempurnakan sepakan penalti itu sekali gus membantu Harimau Selatan mengutip tiga lagi mata dan terus menerajui Liga Super.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Similar news
News Archive
  • Expert Market Research EMR Inc
    Expert Market Research (EMR Inc.)
    Global Silicone Coating Market To Be Driven By Rapid Technological Advancements In The Forecast Period Of 2022-2027 – Queen Anne and Mangolia News
    12 May 2022
    2
  • Public holiday
    Public holiday
    Premier: Nov 18 a public holiday in Sarawak, important for democracy
    14 Nov 2022
    4
  • Lakshya Sen
    Lakshya Sen
    Lakshya Sen loses to Qi, bows out in opening round of Badminton Asia Championships
    2 Aug 2024
    27
  • MH2664
    MH2664
    CAAM confirms MAS flight MH2664 to Tawau turned back
    15 Mar 2024
    3