Hot topics close

Pemandu pelancong meninggal dunia ditimpa batu di Ipoh

Pemandu pelancong meninggal dunia ditimpa batu di Ipoh
IPOH: Seorang pemandu pelancong meninggal dunia akibat ditimpa batu di kawasan Perkampungan Riadah dan Budaya Qing Xin Ling, Taman Saikat,...
 

IPOH: Seorang pemandu pelancong meninggal dunia akibat ditimpa batu di kawasan Perkampungan Riadah dan Budaya Qing Xin Ling, Taman Saikat, di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dalam kenyataan malam tadi berkata pihaknya menerima makluman orang awam mengenai kejadian itu pada kira-kira 11.30 pagi.

Beliau berkata hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa yang berusia 44 tahun sedang membawa pelancong dari Vietnam ke Ipoh.

“Semasa berada di tempat kejadian, satu bongkah batu telah terjatuh dan mengenai kepala mangsa, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Abang Zainal Abidin berkata hasil pemeriksaan pakar forensik perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh mendapati punca kematian disebabkan kecederaan kepala setelah ditimpa batu.

"Pemeriksaan lanjut ke atas badan si mati, tidak menjumpai sebarang unsur jenayah. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ipoh di talian 05-2542222 bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Similar news
News Archive
  • Telephone
    Telephone
    Why people are holding onto landline phones in rural areas
    23 Mar 2024
    2
  • MotoGP 2024
    MotoGP 2024
    2024 Qatar MotoGP, Lusail Warm-up Results
    10 Mar 2024
    1
  • Diljit Dosanjh
    Diljit Dosanjh
    Diljit Dosanjh To Perform In Pune On 9 Nov & In Malaysia On 13 Dec
    9 Nov 2019
    1
  • West Ham vs Eintracht Frankfurt
    West Ham vs Eintracht Frankfurt
    West Ham vs. Eintracht Frankfurt result: Europa League semi-final advantage goes to visitors after Kamada strike
    28 Apr 2022
    5
  • Natasha
    Natasha
    Meet Natasha Health, India's first AI fitness trainer with a human touch
    10 Jan 2022
    2
  • David Foster
    David Foster
    Usia 72 tahun, David Foster dapat anak lagi
    18 Jun 2024
    1
This week's most popular news