Hot topics close

Pemandu pelancong maut kepala ditimpa bongkah batu

Pemandu pelancong maut kepala ditimpa bongkah batu
IPOH - Seorang pemandu pelancong maut ditimpa bongkah batu seberat lima kilogram (kg) ketika mengunjungi sebuah kawasan pelancongan dekat Gunung Rapat di sini pada Isnin. Ketua...
Lelaki maut ditimpa sebongkah batu ketika mengunjungi kawasan pelancongan di Ipoh. (Gambar kecil: Abang Zainal Abidin) Foto Ihsan pembaca

Lelaki maut ditimpa sebongkah batu ketika mengunjungi kawasan pelancongan di Ipoh. (Gambar kecil: Abang Zainal Abidin) Foto Ihsan pembaca

IPOH - Seorang pemandu pelancong maut ditimpa bongkah batu seberat lima kilogram (kg) ketika mengunjungi sebuah kawasan pelancongan dekat Gunung Rapat di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, laporan kejadian itu diterima sekitar jam 11.30 pagi melibatkan lelaki warga tempatan berusia 44 tahun.

"Siasatan mendapati mangsa sedang membawa pelancong dari Vietnam ke Ipoh. Semasa berada di tempat kejadian, sebongkah batu telah terjatuh dan mengenai kepala mangsa.

"Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut beliau, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat.

"Punca kematian adalah kecederaan kepala akibat ditimpa batu. Pemeriksaan lanjut ke atas badan mangsa tidak menjumpai sebarang unsur jenayah.

"Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ipoh di talian 05-2542222 bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Similar news
News Archive
  • Rift Valley fever
    Rift Valley fever
    What is Rift Valley Fever virus that is spreading from animals to humans
    14 Apr 2022
    2
  • Cultured meat
    Cultured meat
    Mergers, closures, diversification: What is happening to S'pore's cultivated meat sector?
    28 Apr 2024
    1
  • Macaulay Culkin
    Macaulay Culkin
    This is how old Macaulay Culkin was when he starred in Home Alone
    15 Dec 2023
    1
  • PUBG Mobile
    PUBG Mobile
    Tencent unveils 2022 esports roadmap for PUBG Mobile's Chinese game Peacekeeper Elite
    13 Jan 2022
    16
  • Starch
    Starch
    Global Corn Starch Market Analysis Report 2024: A $40+ Billion Industry by 2032 Driven by Diversification into New ...
    25 Apr 2024
    1
  • Shane Lowry
    Shane Lowry
    "I feel like the referees are following me all week" Lowry battling the clock in Singapore
    24 Mar 2024
    7
This week's most popular news