Hot topics close

Huawei MateBook 14s: Maklumat penjualannya di Malaysia

Huawei MateBook 14s Maklumat penjualannya di Malaysia
Antara naik taraf di Matebook 14s adalah skrin 2.5K 90hz, kuasa Intel Core gen-11 dengan Iris Xe dan pengecas USB-C 90W.

Huawei telah melancarkan tiga produk baru mereka untuk pasaran Asia Pasifik iaitu laptop MateBook 14s, telefon pintar Nova 9 dan jam pintar Watch GT 3. Kesemua produk ini akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi tetapi hanya MateBook 14s telah tersedia tarikh jualan dan harga rasminya di Malaysia.

Harga MateBook 14s

Laptop baru Huawei ini terdapat dalam dua warna, hijau dan kelabu. Ia akan dijual di Malaysia dalam dua varian yang memiliki CPU, RAM dan storan berbeza:

  • Core i5-11300H, RAM 8GB, SSD 512GB – RM4,999
  • Core i7-11370H, RAM 16GB, SSD 1TB – RM6,999
Tempahan awal

Huawei Malaysia membuka tempahan awal untuk MateBook 14s, dari 28 Oktober sehingga 6 November 2021. Pembeli terawal laptop Huawei MateBook 14s menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM1,366 iaitu beg galas, tetikus Bluetooth, langganan Office 365 1-tahun dan fon telinga Huawei Freebuds Pro.

Kepada yang berminat, tempahan awal boleh dibuat menerusi Stor Online Huawei, serta di Stor Rasmi Huawei di Lazada dan Shopee, atau kunjungi Huawei Experience Store di seluruh Malaysia.

Spesifikasi

Laptop ini menerima beberapa naik taraf penting, bermula dengan cip Intel Core siri-H generasi ke-11, bersama RAM LPDDR4x sehingga 16GB dan storan SSD sehingga 1TB. Kuasa grafik diuruskan oleh GPU Intel Iris Xe, berprestasi tinggi untuk sebuah GPU yang terbina di dalam.

Paparannya lebih baik, kini dalam nisbah 3:2 yang dikatakan lebih membantu kerja di pejabat. Skrinnya jeis LCD berukuran 14.2-inci, dengan kadar penyegaran sehingga 90Hz dan resolusi tinggi 2.5K (2520×1680). Skrin ini turut menerima pengiktirafan TÜV Rheinland Low Blue Light dan memiliki kecerahan setinggi 400nits.

Satu lagi perubahan ialah kamera tidak lagi terletak di papan kekunci, sebaliknya ditukar kepada cara tradisional, di bingkai di atas skrin. Walaupun begitu, laptop ini masih memiliki bingkai yang sangat nipis, dengan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 90%.

Bateri 60Wh dipasang di dalamnya dan kini menyokong kuasa pengecas 90W melalui USB-C. Pengecasan pantas padanya membolehkan penggunaan sehingga 3 jam dengan mengecas 15 minit sahaja. Pengecas ini turut boleh digunakan mengecas peranti USB-C lain seperti tablet dan telefon pintar.

Pengalaman penggunaan dipertingkatkan lagi dengan sistem bunyi stereo empat pembesar suara. Sebanyak empat mikrofon turut dipasang, untuk menangkap suara 360-darjah sehingga 5 meter.

Pengguna pelbagai peranti Huawei boleh meningkatkan produktiviti kerja melalui sambungan Super Device. Ia membolehkan sambungan ke peranti Huawei yang menyokong seperti tablet MatePad, untuk kegunaan seperti skrin pendua atau skrin bersambung.

Sambungan berwayar disediakan dalam bentuk dua port USB-C, satu port USB-A, satu port HDMI dan jek audio 3.5mm. Sambungan wayarles pula menyokong WiFi 6 802.11ax dan Bluetooth 5.1.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Huawei MateBook 14s.

Bacaan Berkaitan
News Archive
  • Delivery Hero
    Delivery Hero
    Uber Eats to acquire Delivery Hero's foodpanda delivery business in Taiwan – Delivery Hero
    14 May 2024
    5
  • World Cup standings
    World Cup standings
    World Cup 2022 live bracket, final group standings: Qualified teams, schedule, FIFA World Cup table
    2 Dec 2022
    1
  • Gasket
    Gasket
    Trending News: Vermiculite Market Growth by Regions and Geographical Analysis to 2026 | SHOWA DENKO KK ...
    21 Dec 2020
    3
  • Massive open online course
    Massive open online course
    Massive Open Online Courses (MOOC) Market 2022 Outlook, Current and Future Industry Landscape Analysis 2028
    30 Jul 2022
    1
  • Tajikistan
    Tajikistan
    Jordan end Tajikistan fairytale to reach first Asian Cup semi-final
    23 Jun 2024
    8
  • Marko Marin
    Marko Marin
    Marko Marin: The 'German Messi' and ex-Chelsea attacker leading Red Star's charge
    17 Sep 2019
    1
This week's most popular news