Tak Mahu Sebumbung Lagi, Diana Danielle Minta Farid Kamil Pindah Rumah
Selebriti popular, Diana Danielle memohon suaminya, Farid Kamil berpindah keluar daripada rumah dengan kadar segera.
Ujar pelakon ini, mereka akan melalui proses penceraian dan notis pindah keluar rumah sudah diberikan kepada Farid melalui aplikasi WhatsApp.
“Tak mahu sebumbung lagi”
Dalam hantaran yang dibuat di Instagram Story itu, Diana berkata mereka tidak bercakap di telefon seperti yang dikatakan.
Jadi, dia tidak akan membenarkan hal yang tidak pernah berlaku dikatakan berlaku.
Saya juga tidak mahu sebumbung lagi seperti yang sudah dimaklumkan sendiri kepadanya. Sila hormati.
Terdahulu, ibu kepada dua orang anak ini membuat keputusan mengejutkan apabila akan memohon cerai terhadap Farid Kamil sekali lagi.
Diana yang pernah kembali kepada Farid selepas melalui penceraian kali pertama tahun lalu berkata rujuk bukanlah perkara yang sesuai untuk mereka.