Hot topics close

‘Pindah Secepat Mungkin,’ Diana Danielle Halau Farid Kamil Dari Rumah

Pindah Secepat Mungkin Diana Danielle Halau Farid Kamil Dari Rumah
Diana Danielle meminta Farid Kamil segera pindah daripada rumahnya. Notis pindah rumah sudah dikeluarkan kepada suaminya itu. Menerusi hantarannya di IG,

Diana Danielle meminta Farid Kamil segera pindah daripada rumahnya. Notis pindah rumah sudah dikeluarkan kepada suaminya itu.

Menerusi hantarannya di IG, Diana Danille menafikan bahawa dia ada berhubung dengan Farid Kamil. Dia juga mendedahkan sebab sebenar kenapa dia menghalau Farid Kamil.

Diana berkata: “Kami tidak bercakap on the phone semalam. Dan saya sudah beri notis dalam Whatsapp untuk dia pindah rumah secepat mungkin kerana akan lalui process perceraian.

“Saya tak akan benarkan hal yang tak pernah berlaku dikatakan berlaku, dan saya juga tidak mahu sebumbung lagi seperti yang sudah dimaklumkan sendiri kepadanya. Sila hormati.”

Sebelum ini Diana Danielle mengesahkan bahawa dia menuntut cerai daripada Farid Kamil kerana menurutnya, suaminya itu cakap tak serupa bikin.

Diana Danielle menulis di IG-nya: “Saya secara rasminya telah memutuskan untuk berpisah dengan suami saya dan akan memfailkan tuntutan cerai [daripada Farid Kamil].

“Saya tak akan jelaskan kenapa. Mungkin dia [Farid Kamil] jelaskannya seperti biasa. Dengan bawa bunga dan cincin dan janji janji kosong.

“Semoga hidup kamu bahagia.”

Dia kemudian mengingatkan Farid Kamil agar tidak memujuknya lagi.

https://www.instagram.com/p/DBqkqlOyHTx/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==

Farid Kamil kemudian menyatakan bahawa dia masih sayangkan isteri dan anak anaknya dan akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan rumah tangganya.

Namun Diana Danielle telah memuat naik mesej ringkas: ‘Hipokrit’, dipercayai respon kepada video Farid Kamil itu.

Diana Danielle dan Farid Kamil mendirikan rumah tangga mereka  pada November 2012. Dan pasangan selebriti itu sudah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Sebelum ini pasangan itu pernah bercerai talak 1 pada Ogos tahun lalu. Kemudian memutuskan untuk rujuk kembali pada Ogos yang lalu.

Similar news
News Archive
  • DC vs SRH
    DC vs SRH
    WATCH: DC vs SRH match highlights and analysis
    24 Apr 2023
    5
  • Flow cytometry
    Flow cytometry
    2022 Flow Cytometry Life Science Report with Survey Results of 416 Scientists Across North America and Europe
    31 May 2022
    2
  • Mydin
    Mydin
    They were not looters, they were robbers, says Mydin
    21 Dec 2021
    4
  • Aromatherapy
    Aromatherapy
    Essential Oil Market Expected to Hit USD 31.3 billion by 2031, Growing at a 7.6% CAGR: Report by Transparency ...
    29 Feb 2024
    2
  • Dato Seri Vida
    Dato Seri Vida
    M'sians Are Having Mixed Reactions To Dato Seri Vida's New Music Video Which Features Her PA
    21 Mar 2022
    1
  • You look like
    You look like
    Gradient app: how to find out which celebrity you look like – and if the app is safe
    18 Oct 2019
    6
This week's most popular news