Hot topics close

Masih Sayangkan Isteri Dan Anaknya, Farid Kamil Akan Buat Apa Sahaja Demi Pertahankan Rumah Tangganya

Masih Sayangkan Isteri Dan Anaknya Farid Kamil Akan Buat Apa Sahaja Demi 
Pertahankan Rumah Tangganya
Farid Kami mengesahkan bahawa berita tentang pergolakan rumah tangganya adalah benar. Dan dia nekad mahu mempertahankannya. Seterusnya, ramai percaya

Farid Kami mengesahkan bahawa berita tentang pergolakan rumah tangganya adalah benar. Dan dia nekad mahu mempertahankannya.

Seterusnya, ramai percaya hantaran Diana Danielle yang bertulis ‘Hipokrit’ ditujukan kepada Farid Kamil.

Ini selepas suaminya itu membuat kenyataan tentang keadaan rumah tangga mereka. Di mana Farid Kamil menyatakan dia masih sayangkan isterinya itu.

Farid Kamil juga bertekad mahu mempertahankan rumah tangganya daripada pecah.

Farid Kamil dalam videonya berkata: “Alhamdulillah saya mendengar perkhabaran terbabit dan macam seperti semua orang sedia maklum, saya sayangkan isteri dan anak anak saya.

“Saya akan berusaha apa sahaja untuk menjernihkan keadaan kembali, InsyaAllah.”

Diana Danielle kemudian memuat naik status dengan tulisan ringkas: “Hipokrit.”

Sebelum ini Diana Danielle mengesahkan bahawa dia secara rasmi menuntut cerai daripada Farid Kamil.

Diana Danielle melabel Farid Kamil adalah manusia yang suka membuat janji kosong. Dan dia tidak akan termakan pujukan suaminya itu lagi selepas ini.

Sebelum ini pasangan itu sudah pun pernah bercerai. Namun rujuk kembali setelah Farid Kamil memujuk isterinya.

Diana Danielle kali ini benar benar nekad mahu berpisah dengan suaminya itu.

Menurut Diana Danielle dia tidak mahu membahaskan perkara itu panjang lebar kerana Farid Kamil menurutnya seorang yang berjanji kosong sahaja dengannya.

Rata rata peminat Diana Danielle terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh artis itu.

Diana Danielle menulis di IG-nya: “Saya secara rasminya telah memutuskan untuk berpisah dengan suami saya dan akan memfailkan tuntutan cerai [daripada Farid Kamil].

“Saya tak akan jelaskan kenapa. Mungkin dia [Farid Kamil] jelaskannya seperti biasa. Dengan bawa bunga dan cincin dan janji janji kosong.

“Semoga hidup kamu bahagia.”

Dia kemudian mengingatkan Farid Kamil agar tidak memujuknya lagi.

Similar news
News Archive
  • IIIT Hyderabad
    IIIT Hyderabad
    Over 600 posters, demos and models feature in IIIT Hyderabad's R&D Showcase
    14 Mar 2022
    1
  • NieR
    NieR
    Nier: Automata's Switch version is being handled by Dying Light, Dark Souls Remastered ports studio
    5 Jul 2022
    1
  • GC
    GC
    Tour of the Alps: Tobias Foss wins stage 1 as GC contenders emerge
    15 Apr 2024
    5
This week's most popular news