Hot topics close

‘Tolong beri saya ruang’ – Diana Danielle enggan komen isu bercerai

Tolong beri saya ruang  Diana Danielle enggan komen isu bercerai
Enggan mengulas panjang, pelakon Diana Danielle meminta orang memberinya ruang berhubung tindakannya menyuarakan hasrat untuk memfailkan perceraian terhadap suaminya, Farid Kamil semalam.

PETALING JAYA – Enggan mengulas panjang, pelakon Diana Danielle meminta orang memberinya ruang berhubung tindakannya menyuarakan hasrat untuk memfailkan perceraian terhadap suaminya, Farid Kamil semalam.

Menurut Diana atau nama penuhnya, Diana Danielle Danny Beeson, 33, dia juga menolak untuk memberi sebarang komen berhubung isu tersebut buat masa ini.

“Tolong beri saya ruang.

“Saya tidak akan beri komen langsung,” katanya ringkas kepada Kosmo! Online hari ini.

Hari ini, peguam yang mewakilinya iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir mengesahkan Diana sudah menberi arahan untuk meneruskan proses memfailkan perceraian terhadap Farid dalam tempoh terdekat.

Semalam, Diana mengejutkan ramai apabila mengumumkan nekad untuk berpisah dan bakal memfailkan perceraian terhadap Farid buat kali kedua.

Dia juga enggan lagi dipujuk malah berkata janji yang ditabur Farid sebelum ini tidak tertunai.

“Saya sudah buat keputusan untuk berpisah dengan suami saya secara rasmi dan akan memfailkan perceraian.

“Mungkin dia akan buat seperti biasa dengan bunga dan cincin serta janji kosong. Jangan pujuk,” ujarnya.

Namun, hantaran dalam akaun media sosial itu sudah dipadam oleh bintang filem Imaginur berkenaan.

Sementara, Farid pula masih berdiam diri tanpa berkongsi sebarang luahan hati atau sebaliknya dalam mana-mana platform media sosial.

Pada 10 Mac tahun lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson pernah memfailkan permohonan cerai di mahkamah yang sama iaitu Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Farid dan Diana kemudiannya sah bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos tahun lalu namun, kembali rujuk sebulan kemudian.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang berusia sembilan tahun. – KOSMO! ONLINE

Similar news
News Archive
  • Trabzonspor
    Trabzonspor
    Chelsea want €30m rated keeper as Kepa replacement, Mikel asked for reference
    17 Mar 2020
    1
  • Oneworld
    Oneworld
    In Photos: oneworld Opens 1st Branded European Lounge
    21 Feb 2024
    7
  • Kirby Jenner
    Kirby Jenner
    Who Is Kirby Jenner? All about Kendall Jenner's Awkward 'Twin' Brother
    25 May 2020
    3
  • 13 Sentinels Aegis Rim
    13 Sentinels: Aegis Rim
    Atlus Releases Streaming Guidelines For Switch Version Of 13 Sentinels: Aegis Rim
    7 Apr 2022
    1
This week's most popular news