Hot topics close

Takkan hamil, enggan lalui fasa tukar lampin – Diana Danielle

Takkan hamil enggan lalui fasa tukar lampin  Diana Danielle
Pelakon jelita Diana Danielle meminta orang ramai supaya berhenti membuat dirinya kini hamil anak ketiga.

PETALING JAYA – Kerap disangka sedang berbadan dua gara-gara mengalami kenaikan berat badan mendadak, pelakon jelita Diana Danielle meminta orang ramai supaya berhenti membuat dirinya kini hamil anak ketiga.

Pemilik nama lengkap Diana Danielle Danny Beeson itu berkata, dia kini selesa menjalani kehidupan sebagai ibu kepada sepasang cahaya mata yang kini sudah mampu untuk menguruskan diri mereka sendiri.

“Saya tahu, saya pentingkan diri dengan mengatakan perkara ini. Tetapi insya-Allah, saya betul-betul tidak mahu tambah anak.

“Bukan sebab saya tidak menghargai rezeki dikurniakan cahaya mata pada usia sekarang, tetapi memang saya tidak mahu lagi menjadi ibu,” katanya.

Sehubungan itu, Diana, 32, meminta orang ramai menghormati keputusan keputusannya enggan hamil pada usia sekarang.

“Saya mula bekerja sepenuh masa ketika remaja dan memiliki anak pada usia awal 20-an. Ketika ini anak-anak saya juga sudah besar dan kerjaya saya juga stabil.

“Anak-anak saya sudah bersekolah. Jadi saya boleh menguruskan hal saya dan berjumpa dengan mereka selepas waktu sekolah.

“Jadi kenapa saya perlu kembali semula kepada rutin menukar lampin dan menyusukan anak? Seperti tidak dapat tidur malam semua itu? Itu adalah pilihan peribadi saya.

“Jika orang lain mahu tambah lebih ramai anak, saya sokong, cuma perkara itu bukan untuk saya,” tegasnya.

Ketika berbicara tentang perubahan fizikalnya, Diana berkata, berat badannya naik sebanyak 15 kilogram (kg) disebabkan pembantu rumahnya yang pandai memasak.

“Saya tidak pernah ada pembantu rumah yang pandai memasak. Tapi sekarang, setiap kali balik ke rumah, sentiasa ada makanan sedap.

“Saya tidak sedar berat badan bertambah walaupun baju dan seluar saya sudah tidak muat lagi,” katanya.

Pun begitu, Diana memaklumkan, dia perlu mengambil langkah untuk menurunkan berat badannya dengan kadar segera kerana terbabit dengan beberapa buah drama tidak lama lagi.

Sejak penghujung tahun lalu, bentuk badan Diana mula menjadi tumpuan ramai kerana semakin berisi.

Perkara itu membuatkan ramai mendakwa dirinya kini sedang berbadan dua selepas kembali rujuk dengan suaminya Farid Kamil, 43, sekitar Ogos lalu. – KOSMO! ONLINE

Similar news
News Archive
This week's most popular news