Hot topics close

'Kirim salam pada YB Syed Saddiq' - Yasin

Kirim salam pada YB Syed Saddiq  Yasin
KUALA LUMPUR – “Kirim salah pada YB Syed Saddiq,” kata penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman di Mahkamah Sesyen di sini, pada Khamis. Penyanyi lagu Mimpi Laila yang lebih dikenali sebagai Yasin, memohon agar Ahli Parlimen

KUALA LUMPUR – “Kirim salah pada YB Syed Saddiq,” kata penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman di Mahkamah Sesyen di sini, pada Khamis.

Penyanyi lagu Mimpi Laila yang lebih dikenali sebagai Yasin, memohon agar Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dapat menyegerakan kelulusan dadah jenis kanabis untuk perubatan.

Yasin, 47, berkata demikian ketika dibawa ke mahkamah bagi menghadapi dua pertuduhan kes berkaitan dadah, iaitu menanam 17 pokok disyaki ganja dan mengedar dadah jenis sama, minggu lalu.

Ketika prosiding di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah, Yasin berkata, dia sudah diberi ubat namun sejak akhir-akhir ini, tahap kesihatannya sangat terjejas.

“Saya khuatir pada bila-bila masa saya boleh jadi gila, ia pernah berlaku tiga kali dalam masa 10 tahun. Jadi mungkin saya perlukan ubat tambahan,” katanya.

Zain ketika ditemui wartawan selepas menghadiri prosiding berkenaan.

Zain ketika ditemui wartawan selepas menghadiri prosiding berkenaan.

Sementara itu, peguam, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff yang mewakili Yasin berkata, fakta menunjukkan penyanyi itu mempunyai masalah kesihatan dan dia perlu dibantu untuk mendapatkan rawatan segera.

Katanya, Yasin telah mendapatkan rawatan sejak 2009 dan dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), namun tidak pernah menceritakan perkara itu kepada peminat.

Pada dua bulan lalu, beliau berkata, anak guamnya mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta.

“Dia ada penyakit bipolar tahap kronik dan memohon agar peminat serta rakan-rakannya dapat memanjatkan doa,” katanya ketika ditemui selepas prosiding kes.

Sementara itu, abang Yasin, Zain Sulaiman, 50, berkata, dua anak saudaranya berusia 17 dan 12 tahun sudah mengetahui keadaan yang menimpa bapa mereka dan setia menunggu kepulangannya.

“Kami sekeluarga mendoakan agar dia dipermudahkan urusan,” katanya.

Similar news
News Archive
  • Motor soft starter
    Motor soft starter
    Soft Starter Market Progression Status, Size 2019 Movements by Trend Analysis, Share, Revenue Expectation to 2025 ...
    30 Nov 2019
    2
  • Samsung S20
    Samsung S20
    Samsung Galaxy S20 Plus Review 2020: A great phone that costs too much
    6 Mar 2020
    12
  • Heart
    Heart
    Post-acute sequelae of SARS-CoV-2 cardiovascular symptoms are associated with trace-level cytokines that affect cardiomyocyte function
    24 Nov 2024
    8