Hot topics close

SK Seri Pristana idam cipta kejutan

SK Seri Pristana idam cipta kejutan
KEJAYAAN Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana, Sungai Buloh mara ke perlawanan akhir Piala Raja Muda Selangor dalam penampilan sulung disifatkan satu...

KEJAYAAN Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana, Sungai Buloh mara ke perlawanan akhir Piala Raja Muda Selangor dalam penampilan sulung disifatkan satu pencapaian membanggakan buat komuniti sekolah tersebut.

Malah penampilan pentas final edisi ke-35 kali ini lebih bermakna apabila sekolah yang berpangkalan di Sungai Buloh itu akan berdepan pasukan pilihan juga juara bertahan SK Seksyen 20, Shah Alam di Padang SUK Latihan Selangor FA Seksyen 5 Shah Alam pada Selasa.

Reputasi SK Seksyen 20 yang juga juara Piala Sumbangsih selepas membuka tirai kempen dengan membelasah SK Seri Selangor, 6-1 pada 1 Oktober lalu juga menyaksikan SK Seri Pristana lebih selesa dengan status bukan pilihan.

Malah menurut Pengurus Skuad Bawah 12 Tahun (B-12) SK Seri Pristana, Hasmizainudin Hassan, skuad kendalian Zubaidi Mat Akhir yang berada di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Selangor itu menyifatkannya bukan satu tekanan.

“Sebenarnya menjadi pasukan bukan pilihan (underdog) juga memberikan kelebihan kepada pemain-pemain SK Seri Pristana untuk lebih bersedia lebih awal.

“Satu penghormatan juga dapat berdepan SK Seksyen 20, pasukan yang mempunyai pakej lengkap dan pengalaman luas saingan Piala Raja Muda Selangor.

“Tekad kami hanya satu, menampilkan aksi terbaik selain memberikan saingan kepada SK Seksyen 20, juga mesej pasukan SK Seri Pristana sudah bersedia untuk mencipta kejutan penampilan kali ini,” katanya.

Sebagai rekod, SK Seri Pristana mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan SK TUDM Subang, 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam aksi separuh akhir di padang SK Putra Height.

Artikel Berkaitan:

Kemenangan itu membolehkan pasukan tersebut berdepan penyandang juara Seksyen 20, Shah Alam yang juga juara Piala Sumbangsih selepas menewaskan SK Bandar Baru Selayang 2, 2-0 dalam satu lagi aksi aksi separuh akhir di venue sama.

Saingan Piala Raja Muda Selangor edisi ke-35 menyaksikan penyertaan sebanyak 32 pasukan yang dibahagikan kepada lapan kumpulan dengan dua pasukan teratas dalam kumpulan layak ke pusingan 16 terbaik, diikuti suku akhir, separuh akhir dan akhir.

Sebagai rekod, kejuaraan pembangunan bakat B-12 ini dibarakan penajaan daripada Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) Berhad dengan Sinar Harian sebagai media rasmi.

INFO

PIALA RAJA MUDA SELANGOR 2024

SK SERI PRISTANA (PPD KUALA SELANGOR)

PENGURUSAN

PENGURUS: HASMIZAINUDIN HASSAN

KETUA JURULATIH: MOHD ZUBAIDI MAT AKHIR

PENOLONG JURULATIH: MUHAMMAD MAHADI

JURULATIH PENJAGA GOL: ANJIRI BOLONG

FISIOTERAPI: MUHAMMAD HARITH RIDHWAN ABDUL TALIB

PEMAIN-PEMAIN

1. DARIS IRFAN MOHD FUAD

20. NUR AQIL HAKIM ABDUL NUR

7. MUHAMMAD SYAUQI MOHD ZAMRI

9. MUHAMMAD AMMAR AZRI

3. MUHAMMAD ADAM NAUFAL SHARIFFUDDIN

2. MUHAMMAD FAIQ MOHAMMAD RADZI

19. HUD HAFIZZY

10. MOHAMAD ARIFF SAIFUDDIN MOHAMAD AZMAN

14. KHAIRUNAS AULIA ASMAZAIDI

16. MUHAMMAD AFKAR SHAIRAN

18. MUHAMMAD HADIF AFIF MOHD SUFFIAN

8. ABID HARRAZ ASYRAF FITRI

6. AKIF QUATHAR NOR AZMI

5. MUHAMMAD FARRIEZ NAZARI

13. AKID RAZIN ABDUL RAZAK

12. MUHAMAD AKIF FIRDAN HAZA YUSDI

17. SYED QALEEF MIQAEL SYED MOHD FAISAL

15. MUHAMMAD FAZRIE NAZARI

Similar news
News Archive
  • VoIP phone
    VoIP phone
    VoIP Phone Systems Market Benefits, Business Opportunities and Future Scope Till 2025
    8 Nov 2019
    1
  • Halloweentown
    Halloweentown
    Every Halloween-themed Disney Channel original movie, ranked by audiences
    22 Sep 2019
    2
  • Biochip
    Biochip
    Global Biochips Market Analysis and Value Forecast Snapshot ...
    15 Nov 2019
    2
  • Richmond Theatre
    Richmond Theatre
    I spoke to the stars of 2:22 A Ghost Story before it comes to Lancashire
    30 Mar 2024
    1
  • Laura
    Laura
    Influencer Laura Anna dies at 21 amid legal feud with ex-boyfriend
    15 Dec 2021
    3
This week's most popular news