Hot topics close

Semua subjek A - Calon PH sahut cabaran PAS, dedah keputusan SPM

Semua subjek A  Calon PH sahut cabaran PAS dedah keputusan SPM
Lebih menarik, pelajar SM Chung Hua Port Dickson itu mendapat keputusan lebih baik dalam BM (A) dan BI (A+), berbanding Bahasa Cina (A-).

Calon Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu Pang Sock Tao berkongsi keputusan SPM dan UPSR yang menunjukkan keputusan cemerlang semua A.

Bekas setiausaha akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming itu berbuat demikian sebagai maklum balas kepada cabaran Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari semalam.

Wanita 31 tahun dari Ampang itu mengambil SPM pada 2010 dan mendapat keputusan semua A, meliputi A+, A dan A-. 

Lebih menarik, pelajar Sekolah Menengah Chung Hua di Port Dickson, Negeri Sembilan itu mendapat keputusan lebih baik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (A) dan Bahasa Inggeris (A+), berbanding Bahasa Cina (A-).  

“Yang Berhormat Pasir Mas, Tuan Ahmad Fadhli Shaari bertanya tentang UPSR dan SPM saya.

“Inilah jawapannya.

“Saya terhutang budi kepada guru-guru yang pernah mengajar saya. 

“Ucapan terima kasih sahaja memang tidak cukup sebagai balasan atas jasa bakti yang telah dicurahkan dalam mendidik saya,” katanya.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada “daddy” dan “mommy” yang tidak pernah mengabaikan pendidikan anak-anak.

Fadhli membuat cabaran itu semalam selepas calon Khairul Azhari Saut berdepan kontroversi berkaitan status pengajian.

Ini susulan posternya yang mencatat dia memperoleh diploma eksekutif pengurusan dari Universiti Malaya (UM) pada 2019 dan sarjana eksekutif dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dua tahun selepas itu.

Orang ramai mempertikaikan bagaimana dia melompat terus ke peringkat sarjana tanpa mengambil ijazah sarjana muda dulu, selain bagaimana dia menghabiskan pengajian pada 2021 ketika perintah kawalan pergerakan (PKP).

Khairul Azhari Saut

Bagaimanapun pemegang diploma dilapor boleh melanjutkan pengajian terus ke peringkat sarjana eksekutif di UMPSA kelayakan pengalaman kerja yang ditetapkan serta melepasi pengiktirafan pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu.

“Isu pendidikan calon PN telah selesai. Pihak Universiti (UMP) telah keluarkan kenyataan berhubung kelulusan master (sarjana)eksekutif pengurusan perniagaan yang dimiliki beliau bahkan transkrip sijil juga telah disebarkan.

“Sekarang, saya mencabar calon PH pula untuk nyatakan pendidikan rendah dan menengahnya. Silakan. Di manakah peperiksaan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) dan SPM (Sijil Peperiksaan Malaysia) diambil, tentu menarik untuk diketahui,” ujarnya.

Sementara itu, Pang juga berkongsi sijil UPSR pada 2005 yang menunjukkan dia mendapat A untuk semua subjek.

DUN KKB menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Pang, Khairul, Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (bebas).

Kuala Kubu Bharu dikenali sebagai kerusi campuran dengan pecahan pengundi Melayu (46 peratus), Cina (30 peratus) dan India (18 peratus) dan lain-lain (6 peratus).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRK DUN Kuala Kubu Bharu akan diadakan pada 11 Mei manakala tarikh undi awal pula ditetapkan pada 7 Mei depan.

Similar news
News Archive
  • Daihatsu
    Daihatsu
    Daihatsu Resumes Production of 2 Models at Kyoto Plant
    12 Feb 2024
    6
  • Malakoff Corp
    Malakoff Corp
    Malakoff Corporation Berhad Full Year 2023 Earnings: Misses Expectations
    31 Mar 2024
    1
  • Womans Day
    Woman's Day
    Survivor's Locky Gilbert dumped ex-girlfriend to be The Bachelor
    8 Mar 2020
    2
  • John Lewis
    John Lewis
    Now You Can Listen To Barack Obama’s Speech At John Lewis’ Funeral Service On Spotify
    31 Jul 2020
    6
  • MicroStar International
    Micro-Star International
    Get Over RM400 Worth Of Steam Wallet Credits For Free With Each Purchase of MSI’s Latest Laptops
    22 Mar 2023
    2
  • Burnley vs Man utd
    Burnley vs Man utd
    Marcus Rashford trolls Premier League after Manchester United goal vs Burnley
    29 Dec 2019
    7
This week's most popular news