Hot topics close

Canalys – Penghantaran Telefon Pintar Global Meningkat 5% Pada Q3 2024

Canalys  Penghantaran Telefon Pintar Global Meningkat 5 Pada Q3 2024
Penghantaran telefon pintar global mencatatkan trend positif dengan peningkatan sebanyak 309.9 juta unit pada kadar 5% pada Q3 2024. Demikian menurut Canalys melalui laporan terkini yang dimuatnaik di laman web rasminya. Lonjakan ini didorong oleh permint

Penghantaran telefon pintar global mencatatkan trend positif dengan peningkatan sebanyak 309.9 juta unit pada kadar 5% pada Q3 2024. Demikian menurut Canalys melalui laporan terkini yang dimuatnaik di laman web rasminya. Lonjakan ini didorong oleh permintaan pengguna yang berterusan dalam segmen mampu milik, pelancaran baharu yang menarik dan strategi saluran yang inovatif.

Samsung mencapai satu lagi penanda aras apabila masih muncul tangga teratas dalam carta lima pengeluar paling tinggi penghantaran pada Q3 2024 dengan jumlah sebanyak 57.5 juta unit bersamaan dengan 19% bahagian pegangan pasaran. Terutamanya melibatkan pertumbuhan yang kukuh dalam rangkaian peranti kelas permulaan. Tambahan pula Samsung mula memberi tumpuan terhadap perisian yang lebih panjang pada peranti berkenaan. Bermakna tiada lagi kerisauan mengenai kerentaan sekuriti yang boleh menyebabkan kerugian kepada pemilik.

Apple pula ditangga kedua dengan 18% bahagian pasaran yang disumbang oleh permintaan yang kukuh untuk rangkaian terkini iPhone 16. Namun begitu penting untuk diambil perhatian bahawa kesan geopolitik, dan penggunaan Apple Intelligence yang tertangguh dijangka boleh memberi kesan kepada prestasi Apple pada Q4 2025.

Xiaomi (termasuk sub-jenama POCO) menduduki tangga ketiga dengan jumlah 42.8 juta unit dan 14% bahagian pasaran. Oppo (termasuk OnePlus) dan Vivo turut mengukuhkan kedudukan dengan masing-masing menyumbang pegangan sebanyak 9% bahagian pasaran, dipacu oleh prestasi yang memberangsangkan di rantau Asia Pasifik.

Similar news
News Archive
  • Vanke
    Vanke
    China's Vanke vows to cut debt by $14bn as property woes mount
    31 Mar 2024
    5
  • Xiaomi Amazfit
    Xiaomi Amazfit
    Amazfit Band comes with a 1.47 inch display and $50 price-tag
    11 Jul 2023
    8
  • Kim Seon Ho
    Kim Seon Ho
    Itzy, Kim Soo Hyun, Kim Seon Ho to visit Manila in January 2023
    26 Dec 2022
    6
  • DC vs GT
    DC vs GT
    DC vs GT Live Score, IPL 2024: Gujarat Titans 147/4 (15); Rasikh ...
    24 Apr 2024
    3
  • PSL
    PSL
    PSL 2024 day 2 round-up: Multan Sultans, Quetta Gladiators ...
    17 Feb 2024
    10