Hot topics close

Tak minta banyak, ramai harap Jese main 'full time' jumpa NSFC

Tak minta banyak ramai harap Jese main full time jumpa NSFC
RAMAI penyokong mengharapkan agar Bidoglio menurunkan penyerang import mereka, Jese.

SELEPAS empat hari berehat, Johor Darul Ta'zim (JDT) kembali lagi beraksi untuk menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) dalam misi mencari kemenangan ke-12 bagi saingan Liga Super musim 2024/2025.

Harimau Selatan yang baru-baru ini meraih tiga mata berharga hasil kejayaan menewaskan Selangor FC dengan keputusan 3-0 di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Kelana Jaya pasti mahu mengekalkan rentak kemenangan sebelum menghadapi saingan peringkat Asia.

Oleh itu, dalam kunjungan ke Stadium Tuanku Abdul Rahman dekat Paroi, Negeri Sembilan pada Jumaat, JDT sama sekali tidak akan memandang enteng kekuatan skuad Jang meskipun pasukan itu berada di tangga tercorot liga ketika ini.

BACA LAGI: ‘Sahih kekal lama, jadikan JDT rumah kedua’, kecemerlangan Jese Rodriguez betul-betul mencanak masuk sebagai ‘supersub’, berpesta gol benam Balestier Khalsa

BACA LAGI: Media asing kata keputusan Jese sertai JDT 'langkah sumbang'

Selain mahu mengutip tiga mata di Paroi, perlawanan ke-13 tersebut juga boleh dianggap sebagai aksi pemanas badan sebelum mengharungi saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) menentang Ulsan Hyundai di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Selasa.

Justeru itu, ramai penyokong mengharapkan agar pengendali JDT iaitu Hector Bidoglio akan menurunkan penyerang import mereka, Jese Rodriguez sebagai kesebelasan utama menentang skuad Jang.

"Nak sangat tengok Jese main full time," kata penyokong JDT, Zack Miazawa yang berharap agar pemain berusia 31 tahun itu beraksi 90 minit perlawanan.

"Bagi dia (Jese) turun awal untuk perlawanan di Paroi nanti," tambah penyokong Harimau Selatan, Salleh Mahmood.

Sejak menyertai Harimau Selatan pada jendela perpindahan Ogos lepas, bekas bintang Real Madrid tersebut masih tidak mendapat peluang beraksi sebagai kesebelasan utama dan sehingga kini hanya tampil dalam aksi bertemu Gwangju FC.

Untuk rekod, bekas pemain kelab berpangkalan di Perancis, Paris Saint Germain berkenaan melengkapkan perpindahan secara percuma selepas bergelar ejen bebas sejak awal tahun ini.

Kelab terakhir diwakili bekas penyerang skuad belia Sepanyol itu adalah Coritiba FC di liga bawahan Brazil dengan perkara tersebut tidak memberi halangan untuk JDT menandatanganinya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Similar news
News Archive
  • Eliud Kipchoge
    Eliud Kipchoge
    Eliud Kipchoge takes 30 seconds off his men’s marathon world record in Berlin
    26 Sep 2022
    3
  • Maleficent 2
    Maleficent 2
    Maleficent 2: Angelina Jolie Wanted to Look Like a “Film Noir Goddess”
    16 Oct 2019
    3
  • Setia Alam
    Setia Alam
    Thai woman dies after being pushed out of 23rd floor of Setia Alam ...
    29 Feb 2024
    1
  • Result SPM 2019
    Result SPM 2019
    More score straight As in SPM this year compared to previous year
    5 Mar 2020
    2
  • AFC
    AFC
    AFC President extends condolences on tragic loss of Palestinian ...
    21 Feb 2024
    17