Jurulatih Gwangju Hairan Dengan JDT
Pengendali Gwangju FC, Lee Jung-hyo hairan dengan pendekatan yang digunakan oleh wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).
Advertisements
Skuad kendalian Hector Bidoglio bermula cemerlang apabila meraih 4 mata hasil satu kemenangan dan satu keputusan seri selepas dua perlawanan awal.
Advertisements
Pertemuan kedua-dua pasukan itu diserikan dengan perang psikologi selepas pengendali kelahiran Korea Selatan itu mengakui terkejut selepas JDT mempertaruhkan hampir 10 pemain import dalam kesebelasan utama.
Advertisements
Advertisements
“Kami telah membuat analisis terhadap prestasi JDT dan kami melihat bahawa mereka memiliki ramai pemain dengan kebolehan individu yang amat baik.
“Walau bagaimanapun, saya amat terkejut kerana sebuah pasukan dari Malaysia, mereka memiliki hampir 9-10 pemain import dalam kesebelasan utama. Perkara itu membuatkan saya ingin lebih tahu (tentang JDT),” katanya menurut ESPN Asia.
Advertisements
Pengendali JDT, Hector Bidoglio memkalumkan bahawa kesemua para pemainnya sudah bersedia sekiranya diberikan tanggungjawab untuk beraksi menentang jaguh Korea itu.
“Kita tahu Gwangju, mereka pasukan yang hebat. Mereka suka mengawal bola dan bermain di kawasan pihak lawan.
“Tapi yang paling penting ialah fokus terhadap kita sendiri. Pasukan kita suka mengawal bola dan kita memiliki para pemain yang bagus.
Fokus Bidoglio adalah untuk memastikan pasukannya beraksi sebaik mungkin dan membawa pulang tiga mata dari Korea Selatan.
“Kita juga suka bersikap proaktif (di atas padang). Tapi kita perlu fokus kepada pasukan kita dalam (aksi) Liga Juara-Juara (AFC Elit),” katanya dalam sidang media pra-perlawanan.
Advertisements
Aksi ketiga peringkat kumpulan ACLE antara Gwangju dan JDT berlangsung pada 22 Oktober jam 6 petang.