Hot topics close

JDT waspada ancaman NSFC

JDT waspada ancaman NSFC
JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta’zim (JDT) tetap berwaspada dengan ancaman Negeri Sembilan FC (NSFC) pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam esok. Pengendali JDT, Hector Bidoglio berkata, sekalipun pasukan itu berada di tangga terco
Jurulatih JDT, Hector Bidoglio membuat persiapan menentang NSFC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam esok. – FOTO: Ihsan JOHOR Southern Tigers

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta’zim (JDT) tetap berwaspada dengan ancaman Negeri Sembilan FC (NSFC) pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam esok.

Pengendali JDT, Hector Bidoglio berkata, sekalipun pasukan itu berada di tangga tercorot liga ketika ini, NSFC sudah pasti mahu membuktikan sesuatu apabila bermain di laman mereka sendiri.

Malah jurulatih berusia 56 tahun berkenaan juga mahu Harimau Selatan mengekalkan rentak kemenangan untuk menjarakkan diri daripada pencabar Selangor FC, selain mempersiapkan diri bagi mengharungi saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) menentang Ulsan HD FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Selasa ini.

“Dua perlawanan yang bakal kami hadapi amat penting iaitu menentang NSFC dan Ulsan HD FC malah saya anggap kedua-dua perlawanan itu begitu sukar buat kami ditambah pula perlu mengharungi jadual yang padat.

“Kami berada dalam ‘mood’ terbaik dan mahu mengekalkannya dan perlu waspada dengan ancaman NSFC walaupun mereka di tangga bawah liga tapi mereka sudah pasti mahu membuktikan sesuatu apabila bermain di laman mereka sendiri.

“Pada pandangan saya sejak bermulanya saingan liga, pemain menunjukkan peningkatan yang mendadak terutama peningkatan aspek intensiti permainan malah mereka beraksi dalam satu pasukan dan mereka tahu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan,” katanya.

Apapun, pengendali kelahiran Argentina itu tidak menolak akan melakukan penggiliran pemain bagi menghadapi skuad kendalian K Nanthakumar yang dibarisi pemain berkualiti terutama pemain import dari Jepun, Takumi Sasaki dan pemain import dari Brazil Ricardo Pires.

Bidoglio juga tampak lega selepas Afiq Fazail kembali menjalani latihan akibat mengalami kecederaan namun masih belum ada kepastian sama ada pemain itu akan beraksi dalam pertembungan menentang NSFC, malam esok.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Similar news
News Archive
  • Sun Cream
    Sun Cream
    Best sunscreen for normal skin: 5 options to keep your skin safe
    20 Mar 2024
    7
  • DEWALT
    DEWALT
    Global Drain Cleaning Power Tools Market Report, History and Forecast 2016-2027 | Key Companies: Stanley ...
    26 Nov 2021
    1
  • Wolves vs Leicester City
    Wolves vs Leicester City
    Wolves 0-4 Leicester: Youri Tielemans scores stunner as Foxes move out of the relegation zone at Molineux
    22 Oct 2022
    2
  • Taman Desa
    Taman Desa
    Sales licence of Taman Desa condo project suspended after collapse
    14 Feb 2020
    7
  • Glasses
    Glasses
    TCL Launches Leiniao Air XR Glasses
    20 Apr 2022
    2