Hot topics close

Penyokong bola sepak Israel diserang di Belanda, Netanyahu hantar pesawat

Penyokong bola sepak Israel diserang di Belanda Netanyahu hantar pesawat
THE HAGUE – Pemimpin Israel dan Belanda hari ini mengutuk pertempuran ‘anti semitik’ yang tercetus selepas perlawanan Liga Europa di Amsterdam dengan Tel Aviv menghantar pesawat untuk menyelamatkan rakyatnya.Keganasan tercetus selepas perlawanan ant

THE HAGUE – Pemimpin Israel dan Belanda hari ini mengutuk pertempuran ‘anti semitik’ yang tercetus selepas perlawanan Liga Europa di Amsterdam dengan Tel Aviv menghantar pesawat untuk menyelamatkan rakyatnya.

Keganasan tercetus selepas perlawanan antara kelab Maccabi Tel-Aviv menentang pasukan tuan rumah, Ajax yang menang 5-0.

Perdana Menteri Belanda, Dick Schoof mengutuk ‘serangan anti-Semitik yang tidak boleh diterima ke atas rakyat Israel’.

“Saya mengikuti liputan keganasan ini dari Amsterdam,” kata Scoof di laman X sambil menambah, beliau telah bercakap kepada rakan sejawatnya, Benjamin Netanyahu untuk menyakinkan Perdana Menteri Israel bahawa ‘pesalah akan diburu dan dihukum’.

Kedua-dua pemimpin itu bercakap selepas Netanyahu menghantar beberapa pesawat penyelamat untuk membawa penyokong Israel pulang.

Media Belanda, AT5 melaporkan bahawa pertempuran berlaku sekitar tengah malam. Laman-laman sosial dibanjiri gambar keganasan yang tidak disahkan, namun, tidak banyak maklumat sahih tentang kejadian itu. 

Menurut AT5, banyak pergaduhan selain perbuatan vandalisme berlaku di pusat bandar Amsterdam. 

Dalam perkembangan berkaitan, Kedutaan Israel di Amerika Syarikat menyatakan, beratus-ratus penyokong Maccabi telah diserang hendap di Amsterdam ketika mereka meninggalkan stadium bola sepak.

Seorang jurucakap polis Belanda memberitahu agensi berita ANP bahawa seramai 57 orang telah ditangkap. – AFP 

Similar news
News Archive