Hot topics close

Niaga hadapan emas dijangka diniagakan tinggi minggu depan

Niaga hadapan emas dijangka diniagakan tinggi minggu depan
KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tinggi minggu depan, menjejaki prestasi Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX) Amerika Syarikat (AS)...

KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tinggi minggu depan, menjejaki prestasi Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX) Amerika Syarikat (AS) dalam persekitaran yang tidak menentu di pasaran.

OCBC Bank Research dalam nota penyelidikan berkata, peningkatan emas sebanyak 11.5 peratus setakat ini sehingga 3 April dijangka mempunyai peluang seterusnya untuk jangka sederhana.

"Kami mengekalkan unjuran optimis terhadap harga emas berdasarkan jangkaan pelonggaran kadar faedah di peringkat global, pembelian emas yang berterusan oleh bank pusat serta ciri lindung nilai geopolitik emas.

"Sejak 2001 memperlihatkan emas mengukuh apabila kitaran kenaikan kadar Rizab Persekutuan (Fed) berakhir dan meneruskan trend peningkatan apabila kitaran pengurangan kadar Fed sedang dilaksanakan,” katanya.

Pengarah Urusan SPI Asset Management,Stephen Innes berkata, risiko geopolitik melanda di tengah-tengah konflik yang berterusan di Timur Tengah.

Beliau berkata, pelabur emas kini menjalankan aktiviti dengan menaruh kepercayaan bahawa Fed akan memilih untuk mengurangkan kadar faedah tanpa mengambil kira sama ada inflasi mencapai sasaran atau sebaliknya.

"Selain itu, bank pusat di pasaran sedang pesat membangun semakin meningkatkan rizab emas mereka, menambah permintaan terhadap logam berharga itu. Trend ini adalah ketara di lokasi seperti London dan Zurich.

"Langkah ini menyokong harga emas dalam tempoh terdekat," katanya kepada Bernama.

Artikel Berkaitan:

Bagi minggu yang baru berakhir, niaga hadapan emas tempatan kebanyakannya diniagakan tinggi.

Jumlah dagangan niaga hadapan emas di pasaran tempatan menyusut kepada 198 lot daripada 55 lot pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 75 kontrak daripada 31 kontrak pada minggu terdahulu.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, kontrak April 2024 meningkat kepada US$2,297.10 setiap auns troy daripada AS$2,258.30 setiap auns troy dan Mei 2024 menokok kepada AS$2,2312.90 setiap auns troy daripada AS$2,259.0 setiap auns troy minggu lepas.

Kontrak bagi Jun 2024, Ogos 2024, Oktober 2024 dan Disember 2024 semuanya ditutup kukuh pada AS$2,318.60 setiap auns troy berbanding AS$2,259.0 setiap auns troy pada seminggu sebelumnya.

Harga emas fizikal adalah AS$2,293.50 setiap auns troy, menurut penetapan petang oleh Persatuan Pasaran Jongkong London pada 4 April. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Similar news
News Archive
  • Kobe Bryant kids
    Kobe Bryant kids
    N.B.A. Star Kobe Bryant Dies in California Helicopter Crash
    27 Jan 2020
    1
  • Jason Momoa
    Jason Momoa
    Hero Aquaman, Jason Mamoa hidup gelandangan
    15 Jan 2024
    13
  • Telegram
    Telegram
    Threat Actors Increasingly Use Telegram For Phishing Purposes
    9 Apr 2023
    9
  • Common cold
    Common cold
    Is it a cold, a super cold or Covid? And should I carry on regardless?
    17 Dec 2023
    9
  • Euro 2024
    Euro 2024
    Germany celebrates turnaround as confidence grows before hosting ...
    14 Jul 2024
    9
  • Namitha
    Namitha
    Actress Namitha announces birth of twin boys, shares video
    20 Aug 2022
    1