Hot topics close

‘Tsunami pun berlaku dua kali…’ - Farid Kamil ulas pergolakan rumah tangga

Tsunami pun berlaku dua kali  Farid Kamil ulas pergolakan rumah tangga
AKTOR dan pengarah, Farid Kamil menyifatkan pergolakan rumah tangga yang berlaku dengan isteri, Diana Danielle sebagai sedikit perselisihan faham. Ujar...

AKTOR dan pengarah, Farid Kamil menyifatkan pergolakan rumah tangga yang berlaku dengan isteri, Diana Danielle sebagai sedikit perselisihan faham.

Ujar Farid, 43, dia dan Diana masih tinggal sebumbung dan mereka masih lagi berhubung melalui panggilan telefon dan mesej.

“Saya ambil positif perkara ini, saya biasa sahaja. Tsunami pun berlaku dua kali, inikan pula ombak dalam perkahwinan.

“Masalah perkahwinan saya sama sahaja dengan orang lain, bezanya mereka tidak ditemui bual sebegini.

“Setakat ini saya tetap dengan pendirian saya yang saya akan cuba menjernihkan kembali rumah tangga kami,” katanya.

Farid berkata demikian ketika ditemui di lokasi penggambaran filem terbaharu lakonannya, Bisikan Dosa di sebuah vila di Kuang, Selangor.

Tambah pemilik nama penuh Farid Kamil Zahari itu, pergolakan rumah tangga yang berlaku disifatkan seperti episod dalam drama.

Cuma bezanya, naskhah yang dijayakan mempunyai skrip dan perjalanan cerita dari awal hingga akhir, tetapi tidak dalam perkahwinan.

Artikel Berkaitan:

“Kali ini saya lebih bersedia menghadapinya. Dalam hidup kita, tiada siapa yang boleh tahu perkara akan datang.

“Saya anggap ini takdir Tuhan, saya sendiri tiada jawapan kerana ia adalah qada dan qadar,” jelas Farid.

Dalam pada itu, ditanya bagaimana konsentrasi dalam menghadapi kemelut rumah tangga di samping tanggungjawab sebagai bintang utama Bisikan Dosa, Farid mengakui sedikit terganggu.

Bagaimanapun dalam masa sama, pengarah filem Kongsi itu mahu memberi sepenuh tumpuan terhadap naskhah yang sudah lama dinantikan.

“Alhamdulillah sekarang fokus saya tetap pada penggambaran.

“Walaupun tumpuan agak terganggu, tetapi apa yang menarik adalah watak Aydan dalam filem ini sudah lama saya nantikan,” ujarnya.

Terdahulu, Diana mengumumkan sudah mengambil keputusan untuk berpisah dengan Farid dalam satu hantaran di media sosialnya.

Bagaimanapun pelakon dan penyanyi itu memilih untuk mengunci mulut mengenai keputusan yang telah dibuat dan menyifatkan rujuk bukan sesuai buat semua orang.

Farid pula dalam satu hantaran semalam berjanji untuk melakukan apa sahaja demi menyelamatkan rumah tangganya.

Untuk rekod, Diana dan Farid pernah bercerai dengan talak satu pada 10 Ogos tahun lalu namun kembali rujuk selepas sebulan berpisah.

Pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9 tahun.

Similar news
News Archive
  • Bryan Wee
    Bryan Wee
    Influencer Bryan Wee & Deacon Chai In Trouble After Insulting The Johor Royal Family
    18 Feb 2022
    1
  • Liverpool vs Villarreal
    Liverpool vs Villarreal
    Villarreal star Pau Torres sends 'Bayern Munich' warning to Liverpool after first leg
    27 Apr 2022
    18
  • XCOM
    X-COM
    XCOM Chimera Squad Introduces Playable Characters
    19 Apr 2020
    2
  • CAPTAIN MARVEL
    CAPTAIN MARVEL
    Captain Marvel Writer Reveals Amazing Auction Item From the Movie Set
    18 Apr 2020
    14
This week's most popular news