Hot topics close

Air Canada tawar penerbangan tanpa henti selama 14 jam antara SG-Vancouver

Air Canada tawar penerbangan tanpa henti selama 14 jam antara SGVancouver
SINGAPURA: Satu-satunya khidmat penerbangan langsung antara Singapura dan Kanada sudahpun dilancarkan, dengan penerbangan pertama Air Canada dalam laluan baharu, pesawat AC19, mendarat di Lapangan Terbang Changi pada pagi Khamis (4 Apr). Ini menandakan ke

SINGAPURA: Satu-satunya khidmat penerbangan langsung antara Singapura dan Kanada sudahpun dilancarkan, dengan penerbangan pertama Air Canada dalam laluan baharu, pesawat AC19, mendarat di Lapangan Terbang Changi pada pagi Khamis (4 Apr).

Ini menandakan kepulangan syarikat penerbangan itu ke Lapangan Terbang Changi selepas lebih 30 tahun.

Dikendalikan empat kali seminggu menggunakan pesawat Boeing 787-9 Dreamliners, penerbangan tanpa henti antara Singapura dan Vancouver mengambil masa selama 14 jam dan 40 minit.

Laluan ini merupakan penerbangan terpanjang Air Canada jika diukur mengikut jarak, iaitu sejauh 12,818km.

“Lapangan Terbang Changi sangat berbesar hati untuk mengalu-alukan Air Canada ke Singapura. Ini amat tepat pada masanya, kerana jumlah perjalanan antara Singapura dan Kanada pada tahun lalu telah menyaksikan pemulihan yang sihat, melebihi 85 peratus daripada tahap sebelum pandemik,” dedah Naib Presiden Eksekutif untuk Hab Udara & Pembangunan Kargo Changi Airport Group (CAG), Lim Ching Kiat.

Para penumpang laluan Singapura-Vancouver boleh menikmati pilihan tiga kabin: Ekonomi, Ekonomi Premium dan Signature Class Air Canada.

Semua kabin mempunyai skrin hiburan dalam penerbangan di setiap tempat duduk, rancangan TV, serta muzik dan podcast.

“Kami mengalu-alukan perkhidmatan baharu ini yang akan mengembangkan sektor pelancongan, menyokong peningkatan perdagangan, dan yang penting, menghubungkan keluarga dan rakan-rakan di seluruh rantau Pasifik,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Penguasa Lapangan Terbang Vancouver, Tamara Vrooman.

Similar news
News Archive
  • Glove
    Glove
    Examination Reusable Medical Gloves Market Reflecting a CAGR of XX% During the Forecast Period 2019 – 2029
    8 Mar 2020
    1
  • Gelatin
    Gelatin
    Hard Capsule Grade Gelatin Market to Witness Astonishing Growth by 2029 | Gelita, Rousselot
    27 Feb 2022
    2
  • Humza Yousaf
    Humza Yousaf
    Humza Yousaf invites other Scottish parties to talks to find 'common ...
    16 Jul 2024
    2
  • Badminton Asia
    Badminton Asia
    National Badminton Championships 2023: Get schedule and watch live streaming
    20 Feb 2023
    2
  • Ong Yew Sin
    Ong Yew Sin
    Yew Sin-Ee Yi kembalikan senyuman di wajah peminat, selepas Pearly-Thinaah tersingkir
    11 Jan 2024
    3
This week's most popular news